Malang tak berbau, tiada siapa dapat menduga kemalangan yang bakal menimpa diri. Disebabkan hal ini, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terutamanya ketika memandu di jalan raya.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Bella, bersyukur nyawanya terselamat daripada kecelakaan jalan raya baru-baru ini.
Please wear seat belt
Kemalangan di NKVE
Menerusi perkongsian Bella, dia amat bersyukur Allah masih panjangkan umur dan menyelamatkan nyawanya daripada kemalangan yang dahsyat.
Video ketika kejadian
Ada orang hantar kat dm video ni… Allahu jauh berpusing… Dalam hati aku ‘jangan lah aku mati macam ni Ya Allah..’ Sumpah seram sbb ada lagi satu lorry treler nasib tak langgar kitaorg yang tengah berpusing… Aku nampak and rasa semua yg tengah jadi…mcm mimpi.. pic.twitter.com/TfZhvjuUDw
— khans (@bellakhann) February 23, 2019
Keretanya didakwa telah termasuk ke bawah lori dan berpusing-pusing hingga terbalik di atas jalan raya. Mujurlah dia dan teman lelakinya terselamat kerana memakai seat belt.
Mungkin aku terlalu leka
Kemalangan yang menimpa dirinya dianggap sebagai amaran supaya dia tidak terlalu leka dengan dunia dan berubah ke arah yang lebih baik.
Netizen turut kongsi pengalaman
Salah seorang pengikut wanita itu, turut berkongsi pengalaman yang sama apabila dirinya juga terlibat dalam kemalangan ngeri. Pengikut yang dikenali sebagai Mikail itu menceritakan bahawa seat belt merupakan faktor dia masih lagi bernyawa.
Sumber : Bella Khan