Tahun 2014, merupakan tahun yang meninggalkan sejarah buat Malaysia apabila pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 didapati hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat yang membawa 239 orang itu terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.
Menerusi Astro Awani, genap 5 tahun sudah hari peringatan kehilangan pesawat itu. Sudah tentu terlalu banyak memori suka dan duka yang terpendam dalam kalangan ahli keluarga mangsa. Ternyata mereka masih menunggu dan mengharapkan jawapan tentang kehilangan yang berlaku.
Semua waris hendak tahu
Isteri kepada anak kapal Mohd Hazrin Hasnan iaitu Intan Maizura Othman, berkongsi tentang ketabahannya sejak kejadian itu berlaku dan bagaimana dia meneruskan kehidupan, meskipun pelbagai persoalan masih bermain di fikirannya.
Saya faham bukan mudah Kerajaan Malaysia untuk selesaikan isu ini. Tetapi saya harapkan agar kebenaran itu muncul dan beritahu kami perkara sebenar.
Macam mana, di mana, kenapa, siapa di sebalik kejadian ini. Kalau suami saya masih hidup, cakap hidup. Kalau dah tiada, cakap dah tiada. Itu sebenarnya saya dan semua waris hendak tahu.
‘Muhammad sayang Papa, Muhammad rindu Papa’
Katanya lagi, anak keduanya, Muhammad Mohd Hazrin, 5 tahun, tidak pernah berjumpa bapanya sejak dilahirkan.
Kalau boleh jumpa Papa, apa Muhammad nak cakap dekat Papa?
Muhammad sayang Papa, Muhammad rindu Papa.
Menurut Intan, Muhammad acapkali bertanya kepada beliau: “Mama, Papa dah meninggal ke?”, namun tiada jawapan jelas dapat diberikan kepada anak bongsunya itu. Hanya berbekalkan gambar Hazrin, kerinduan Muhammad terubat seketika.
Foto semasa majlis peringatan MH370
https://www.instagram.com/p/BujIAB9hsCo/
Intan memuat naik beberapa foto di Instagramnya mengenai hari peringatan MH370 yang diadakan di The Square, Publika baru-baru ini.
Sumber: Astro Awani & Intan Maizura