Semalam viral di media sosial, video seorang lelaki dipukul beramai-ramai dihadapan sebuah bank. Video yang dikongsi Ottoman itu mendapat perhatian ramai netizen. Menerusi Harian Metro, lelaki itu dibelasah ramai kerana dipercayai menjalin hubungan dengan isteri orang.
Kejadian yang berlaku di pekan Kuala Besut di Jertih berlaku selepas suami berkenaan menangkap pasangan itu ketika berada dalam kenderaan.
Tangkap pasangan dalam kereta
Seorang lelaki cedera dipukul di hadapan sebuah bank di pekan Kuala Besut di Jertih selepas didakwa kantoi dengan suami wanita itu ketika mereka berada dalam kenderaan. Video yang berdurasi lebih 2 minit itu mula viral sejak petang semalam selepas kekecohan berlaku pada 1.45 tengah hari.
Beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian turut berang dengan insiden itu lalu menarik lelaki berkenaan keluar dari kereta dipercayai milik wanita itu.
Video sudah dipadam
Walau bagaimanapun rakaman video itu sudah dipadam oleh pihak Facebook. Dalam video tersebut lelaki berkenaan dilihat telah dipukul, disepak dan diterajang di bahagian tubuh oleh beberapa lelaki. Mangsa turut ditumbuk dan ditampar di muka. Mangsa berusia 30-an itu bertemu dengan wanita berkenaan di pekan Kuala Besut selepas mengenali di laman sosial Facebook.
Lelaki itu dimaklumkan bahawa wanita tersebut seorang janda dan bukannya isteri orang. Wanita itu turut dilihat cuba melindungi lelaki tersebut dan menjerit cuba mempertahankan lelaki berkenaan. Malah dia turut tersemban di jalan raya akibat turut terkena pukulan.
Mempunyai masalah rumah tangga
Kejadian menyebabkan kawasan persekitaran bank itu menjadi kecoh dengan orang ramai orang awam yang menyaksikan kejadian. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi turut mengesahkan kejadian tersebut.
Memang mereka dibawa ke balai, namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua mangsa yang dipukul atau suami wanita berkenaan mengenai kejadian.
Mengikut rekod kami, wanita berkenaan mempunyai masalah rumah tangga dan sebelum ini pernah membuat laporan polis berkaitan kes keganasan rumah tangga.
Menurutnya, tiada sebarang laporan dibuat dan pasangan itu dibawa orang awam ke Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian berlaku.
Sumber : Harian Metro