Tidak mempunyai lubang dubur dan menghidap pelbagai jenis penyakit seperti sindrom down, masalah saiz jantung, tiroid dan gastrik, itulah penderitaan yang perlu dihadapi oleh seorang bayi lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Rezfan Shauqi.
Menerusi laporan Harian Metro, bayi berusia 12 bulan itu menghidap penyakit ini sejak dilahirkan. Pelbagai pembedahan telah dilakukan dan terbaru doktor mendapati penglihatan matanya juga kabur dan perlu memakai cermin mata khas yang kuasanya 700.
Perlu dibersihkan dengan baik
Menurut bapa kepada bayi tersebut, Mohd Fazli Mohd Redzuan, perut anak bongsunya itu telah ditebuk sejak dilahirkan lagi bagi membolehkan anaknya itu membuang najis setiap hari. Bahagian yang ditebuk itu perlu dijaga dengan baik seperti dicuci dan ditutup dengan lampin pakai buang demi memastikan tiada kuman di kawasan itu.
Anak saya cuma minum susu formula khas yang disarankan doktor untuk membantu penghadamannya kerana dia tidak mampu menjamah makanan lain. Namun, satu tin susu itu hanya mampu bertahan tiga hari dan harganya agak mahal, namun saya beli juga kerana ia satu keperluan utama buat anak.
Tidak cukup menampung kos
Memperoleh pendapatan melalui perniagaan menjual burger dan isterinya pula seorang guru agama, pasangan ini mengakui tidak cukup untuk menampung kos ulang alik ke tiga hospital. Tambahnya lagi. mereka turut menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350..
Sebelum ini, anak saya perlu dirujuk di Hospital Kuala Lumpur dan rawatannya di sana sudah habis, manakala Hospital Pulau Pinang (HPP) pula sebulan sekali dan HSB pula dua minggu sekali.
Selain itu, saya perlu membeli saluran tiub untuk menyalurkan susu ke dalam mulutnya yang perlu ditukar setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Menguruskan tiga orang anak lagi
Pasangan tersebut mempunyai tiga orang lagi anak yang masih bersekolah dan kesemua anak mereka diuruskan sendiri oleh Fazli, sewaktu isterinya pergi mengajar.
Mujur Muhammad Rezfan tak banyak meragam dan dia lebih suka bermain. Ini satu ujian untuk kami sekeluarga menjaga anak dalam keadaan ini, namun kami bersyukur melihatnya sihat dan aktif setiap hari.
Selain berdoa, sesiapa yang ingin memberi bantuan, korang boleh menghubungi ibu bayi tersebut iaitu Zuraidah Azlinda di talian 016-9082423.
Sumber: Harian Metro