16 Mei merupakan hari bersejarah untuk guru-guru diseluruh dunia kerana pada hari itu lah segala titik peluh dan pengorbanan mereka dihargai. Kebiasaannya Hari Guru disambut dengan pelbagai tema yang menarik misalnya, tema Back To School di mana semua guru memakai uniform persekolahan ketika sambutan diadakan.
Namun berbeza bagi Sekolah Kebangsaan Chini (2) di Pahang. Sekolah tersebut berjaya mencuri perhatian netizen apabila mereka menetapkan tema pakaian pengantin sebagai tema sambutan Hari Guru. Walaupun sambutan tersebut diadakan sebelum tarikh asal iaitu 16 Mei, suasananya tetap kelihatan meriah apabila kesemua guru mengenakan busana pengantin. Wow sporting dan melaram sakan cikgu!
Kacaknya!
Antara busana pengantin yang dipakai oleh guru lelaki di sekolah berkenaan sewaktu sambutan Hari Guru.
Guru wanita pun lawa-lawa!
Guru-guru wanita pun tidak mahu mengalah, ketika mengenakan busana pakaian pengantin semasa sambutan tersebut berlangsung.
Siap berpasangan lagi
Antara foto perarakan masuk para guru ke dalam dewan. Siap ada bunga mangga dan jalan berpasangan lagi.
Majlis bersanding dan pelamin pun ada
Antara wajah-wajah pendidik Sekolah Kebangsaan Chini 2.
Komen netizen
Rata-rata netizen terpukau dengan tema yang dilakukan oleh sekolah berkenaan. Malah, ada segelinitir daripada mereka menjadikan idea tersebut sebagai rujukan bersempena sambutan Hari Guru yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sumber: SK CHINI 2