Buat penggemar makanan pedas, sambal merupakan salah satu hidangan yang wajib ada ketika makan. Diperbuat daripada cili dan ditambahkan dengan beberapa bahan lain seperti garam, cuka dan belacan, sambal sudah menjadi komersial dalam kalangan masyarakat hari ini.
Menerusi Facebook Asal R. Sofyan, wanita tersebut berkongsi resepi sambal hitam Pahang yang sedap dan sesuai di makan bila-bila saja.
Bahan-bahan yang diperlukan
- Belimbing buluh
- Ikan bilis
- Cili padi
- Bawang merah
- Minyak untuk menumis
- Garam
- Gula
Cara penyediaan
1. Rebus belimbing dan masukkan sedikit garam. Rebus dengan kesabaran, sehingga belimbing kering dan bewarna gelap. Jika korang suka sambal yang belimbingnya halus, korang perlu tumbuk setelah direbus.
2. Tumbuk kasar ikan bilis, bawang merah dan cili padi.
3. Tumis bahan yang ditumbuk , dimulai dengan ikan bilis dan bahan lain kemudiannya.
4. Masukkan belimbing yang telah direbus dan gaul sehingga rata. Masak sehingga kering dan perasakan dengan garam dan gula.
Tips:
Jangan guna banyak bawang, supaya sambal tahan lebih lama. Anggaran bahan, lebih cili kalau suka pedas. Tambahkan ikan bilis kalau suka sambal lebih rasa ikan bilis. Anggaran nak masak sambal hitam ni kira-kira 4 jam paling minimum.
Sumber: Asal R. Sofyan