Bagi peminat tegar filem-filem Marvel, mesti korang tak sabar nak tunggu Avengers: Endgame yang bakal ditayangkan pada 24 April nanti. Admin dengar banyak panggung dah fully booked! Ternyata rakyat Malaysia excited habis nak menyaksikan filem terakhir Avengers yang dikatakan sarat dengan pelbagai aksi. Durasi filem pun 3 jam weyyyy!
Tapi untuk korang lagi feel dan excited untuk tonton Avengers: Endgame, R&F Mall JB dengan berbesar hatinya berkolaborasi dengan Walt Disney, semata-mata nak pastikan korang dapat merasai pengalaman terbaik fiem terakhir Avengers: Endgame.
Pameran watak utama Avengers: Endgame!
Ha! Bagi peminat tegar filem Marvel dekat luar sana, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama karakter-karakter utama filem Endgame kali ni. Ada 6 semuanya! Nak tahu siapa? Kena datang la pameran ni. Mantap habis!
Bukan setakat dapat bergambar, korang jugak boleh mengenali dengan lebih rapat lagi watak kegemaran dan kesukaan korang.
Ada VR game, booth cenderahati Marvel, photo booth & banyak lagi!
Selain itu, ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat dekat R&F Mall JB. Bukan setakat boleh bergambar dengan figura Marvel kegemaran, korang jugak boleh beli pelbagai cenderahati eksklusif Marvel seperti soft toys, set alat tulis, buku nota, t-shirt dan kasut tapi sehingga 9 Jun ini sahaja.
Jangan lupa untuk try VR game dekat sana tau! Free je. Tak kena bayar. Lepas tu, korang boleh ambil gambar dekat photo booth diorang. Nampak best sangat!
Bagi yang ada anak kecil, anak korang boleh join pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh pihak R&F Mall JB. Jadi, mudah la korang nak shopping sebab ada staff yang perhatikan anak korang.
Jom grab mug edisi terhad Endgame!
Oh! Sebelum terlupa, korang jugak boleh dapatkan 6 mug edisi terhad tau! Boleh changing colour gitu. Mug ni ada dekat R&F Mall JB je. Bukan mug yang biasa tu. Mug ni direka khusus dengan design hero-hero Marvel seperti Iron Man, Thor, Hulk, Black Widow, Hawkeye dan Captain America. Awesome kan?
Diiktiraf melalui Public Facility Award! R&F Mall JB memang terbaik!
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya R&F Mall JB ni dekat sangat dengan Singapore-Malaysia Custom Immigration Quarantine (CIQ) di Johor. Sebab tu pihak R&F Mall JB ambil inisiatif untuk bina jambatan berbumbung menghubungkan CIQ dengan R&F Mall JB.
Jadi mudahlah kalau nak seberang ke Singapura atau dari Singapura nak ke Johor. Ambil masa 8 minit je wei!!
<<<<<Untuk maklumat lanjut klik sini>>>>>
R&F MALL JOHOR BAHRU
• Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap hari)
• Alamat: Jalan Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Malaysia.
• Lokasi GPS : 1°27’34.4″N 103°46’05.4″E
• No telefon: +6 07 2727 888