Beberapa hari ini kecoh di media sosial berkaitan isu yang melibatkan penceramah bebas dari India, Dr Zakir Naik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Kenyataan kontroversi penceramah ini telah mengundang pelbagai reaksi rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun menerusi Sinar Harian, Dr Zakir Naik mendakwa kenyataannya itu telah disalah tafsir dan meminta rakyat Malaysia melihat dan meneliti semula rakaman syarahannya itu.
Tidak akan dihantar pulang
Menerusi laporan Utusan Online, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tetap tidak akan menghantar pulang Dr Zakir Naik ke India walaupun kerajaan berdepan desakan dari ramai pihak yang meminta supaya penceramah bebas itu dihantar pulang.
Buat masa ini, tiada perubahan (pendirian).
Sebelum ini juga, Perdana Menteri pernah menegaskan kerajaan tidak akan menghantar pulang penceramah bebas ini sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara.
Tunggu hingga siasatan selesai
Dr Zakir Naik tidak dibenarkan untuk memberi ceramah di mana mana medium termasuklah media sosial sehinggalah siasatan mengenai kes ini selesai.
Sementara itu, baru baru ini telah Dr Zakir Naik telah memohon maaf susualan ceramahnya di Stadium Sultan Muhammad VI, Kota Bharu, Kelantan yang didakwa mengandungi isu berbaur perkauman. Melalui rakaman video tersebut, penceramah bebas itu menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum atau masyarakat.
Sumber: Utusan Online, Sinar Harian