Tidak dinafikan, pada zaman sekarang ini ramai orang bertemu jodoh di media sosial. Siapa sangka perkenalan di alam maya boleh membawa kepada bibitnya bunga-bunga cinta antara pasangan.
Terbaru, seorang gadis mencuba nasib cari pasangan hidup di Twitter sehingga viral dan menerima ratusan kiriman mesej. Paling tak sangka, suami orang pun ada yang cuba masuk line!
Hantaran tak kisah asal ikhlas
Dalam perkongsian tersebut, selain memberitahu ingin mencari calon suami, rakannya itu juga turut meletakkan ciri-ciri yang diinginkan Sarah iaitu mengutamakan lelaki yang memakai spec.
Saya memang suka tengok lelaki pakai spec macam pelakon Azwan Kombos. Lelaki itu juga kena matured dari saya. Dia juga perlu memiliki budi pekerti yang tinggi.
Menerusi mStar, gadis ini dikatakan menerima hampir dua ribu followers di Twitter dan ramai yang menghantar DM (Direct Message) mengajaknya berkahwin.
Pada mulanya memang saya serius sebab saya memang selalu mengadu dekat kawan nak kahwin. Saya suka tengok gambar wedding dress dan pelamin tambah-tambah lagi sekarang musim orang kahwin.
Bukan high maintenance
Tambah Sarah, dia bukanlah high maintenance seperti yang disangka dan mereka sekeluarga tidak berapa kisah dengan bab hantaran.
Menurutnya lagi, dia menerima mesej daripada pelbagai peringkat umur termasuklah yang bergelar suami orang.
Saya dapat ratusan DM. Lelaki bujang ramai, bapa orang pun ada bukan seorang tapi beberapa orang sampai saya jadi takut.
Sekarang macam-macam boleh berlaku jadi saya kena lebih berhati-hati. Mungkin saya akan pertimbangkan individu-individu tertentu…kena scan dulu.
Tapi ada satu DM yang jadi favourite saya apabila that guy approach siap bagi pantun iaitu, ‘Ahmad Maslan salam perkenalan’. Itu memang lawak. Saya sendiri pun terhibur.
Reaksi netizen
Perkongsian ini telah mendapat lebih 2, 600 ulang kicau dan 4, 100 tanda suka sejak ianya dimuat naik. Malah, netizen juga turut meninggalkan respon di ruangan komen tersebut.
Sumber: mStar, Airaa, Sarah Marini