Berita cadangan meningkatkan had umur pesara daripada 60 ke 65 tahun mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia dan kebanyakannya membantah cadangan tersebut.
Menerusi Twitter Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan turut tidak bersetuju dan membantah cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk meningkatkan had umur pesaraan seperti yang dilakukan negara maju, Singapura.
500, 000 anak muda menganggur
Saya membantah cadangan untuk menaikkan umur persaraan dari 60 tahun ke 65 tahun.
Perbandingan dengan negara maju tidak tepat. Kadar pengangguran belia
Jepun 3.4%,
Singapura 5.9%
Germany 6.2%Di Malaysia ada ~500,000 anak muda yang menganggur (10.7%).
Focus on Youths!
(1/2) pic.twitter.com/WotnUpGqbL— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 2, 2019
YB Syed Saddiq berpendapat bahawa anak muda perlu diberi peluang pekerjaan yang berkualiti kepada belia serta lebih fokus terhadap pengangguran yang berlaku di Malaysia. Beliau juga meminta supaya tidak membantutkan potensi anak muda untuk dinaikkan pangkat.
Pada masa yang sama kita hendak pastikan anak muda dinaikkan pangkat. Mereka berkebolehan, berwawasan sepatutnya dibuka ruang seluas mungkin.
Tidak cukup hanya ungkap di bibir bahawa anak muda masa depan negara tetapi kita tidak berani memberikan mereka peluang secukupnya untuk merangka masa depan negara tercinta.
MTUC juga sebelum ini menggesa supaya kerajaan menyediakan elaun kos sara hidup COLA RM 500 kepada pekerja swasta selain mencadangkan agar had umur bersara dinaikkan kepada 65 tahun.
‘Kami sokong YB’
Kebanyakan anak muda juga turut membantah cadangan ini dan berpendapat ianya akan menyekat peluang pekerjaan terhadap belia.
Cuepacs bersetuju
Menerusi Free Malaysia Today, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersetuju untuk meneliti cadangan meningkatkan had umur persaraan. Datuk Azih Muda, Presiden Cuepacs berkata cadangan ini wajar dilaksanakan terutamanya dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi dan keperluan untuk menanggung kehidupan berkeluarga.
Justeru, kerajaan perlu melihat isu kekurangan dan kehilangan pendapatan serta ketiadaan simpanan yang cukup bagi menyokong kelangsungan kehidupan.
Apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara yang tergolong dalam negara “aging society”, jadi perlu dilihat keperluan untuk menyokong kehidupan golongan ini.
Walau bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, cadangan ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.
Sumber: Syed Saddiq, Free Malaysia Today