Selepas dijemput untuk menjadi pengiring bagi skuad Harimau Malaya serta menyaksikan perlawanan Malaysia menentang UAE nanti, hari ini anak kepada pelakon Nadiya Nissa iaitu Omar menerima hadiah yang berbeza daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Menerusi perkongsian yang dibuat FAM di laman Facebook rasminya, kali ini Omar dipertemukan dengan idolanya, Mohamadou Sumareh.
Omar terkejut
https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/videos/2356447431288683/
Menerusi video tersebut, Omar kelihatan terkejut dan gembira dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka idolanya itu.
Selain dapat bersalaman dengan Sumareh, kanak-kanak itu juga turut menerima beberapa keping tiket untuk menyaksikan menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa ini.