berita

[VIDEO] Nelydia Senrose Pakai Bucket Hats Tutup Rambut, Netizen Terkejut Tengok Fesyen Hajjah

September 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

nelydia free hair?

Pelakon Nelydia Senrose tiba-tiba menjadi bualan panas selepas tular sebuah video yang memaparkan penampilannya yang didakwa tidak berhijab.

Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Dah Tak ‘Broken Heart’, Gembira Dapat Tonton Konsert Beyonce Bersama Suami

Free hair?

Nelydia tudung

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok aktres, Aprena Manrose yang merupakan sepupunya, Nelydia didakwa hanya menggayakan bucket berwarna krim untuk menutupi rambutnya ketika bercuti di Bangkok, Thailand.

Video yang dibuat bersama Uqasha Senrose, Aprena Manrose, Octovia Manrose, Nadiyah Shahab serta ahli keluarga lain itu untuk satu trend yang sedang popular di aplikasi tersebut.

Macam-macam komen

Komen netizen

Semestinya imej itu mencuri perhatian warganet di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat fesyen pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen.

Selain itu, ada juga berasa kecewa kerana pelakon drama Khilaf Asmara sudah menunaikan ibadah haji pada Julai tahun lalu bersama suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abduk Hamid.

Dalam pada itu, segelintir peminat yakin Nelydia masih bertudung kerana di Instagram masih bertutup litup.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×