Wanita merupakan insan istimewa ciptaan Allah. Kehadiran mereka merupakan satu penyeri serta pelengkap hidup bagi seorang lelaki. Sejajar dengan itu, kewajipan menutup aurat adalah satu perkara yang perlu diterapkan oleh golongan ini.
Seorang pengguna Facebook, Syarifah Furaiha berkongsi tentang pengalamannya sebelum berhijrah dan nasihat yang sangat bermakna diberikan oleh seorang Syeikh.
I’m hollier and better than you
Fara bergaul dan berkawan dengan semua orang tak tergantung pada pakaiannya, suka bermake up ke, freehair atau belum menutup aurat dengan sempurna. Hampir setiap hari Fara terima dm, pm dan komen kenapa Fara macam ni, kenapa macam tu dan lain-lain. MasyaAllah.
Teringat bertahun yang lalu zaman Fara masih belum berjumpa dengan Syeikh. Fara sangat syadid (extreme) tak bertempat, keras dan lantang. Fara akan paksa adik-adik sarungkan tudung proper, lempar pakaian labuh tutup aurat sampai bergaduh dan dorang menangis sebab rasa sangat benci dengan kekerasan dan paksaan tanpa kompromi. Waktu ni diorang masih kecil muda remaja.
Within one second semua nak perfect padahal semuanya adalah proses, sedangkan Sayyidina Rasulullah shollahu ‘alahiwasallam pun ambil masa dan bagi masa berperingkat untuk dakwah. Sedangkan Fara dulu pun freehair, tapi bila tudung dah labuh sikit mulalah rasa I’m hollier and better than you.
Sibuk lah dengan aib sendiri
Syeikh pesan, sekali sahaja syaitan kata yang aku lebih baik dari Nabi Adam as, terus dicampakkan ke neraka dan dilaknat Allah. Yang engkau ni berapa kali setiap hari merasa diri lebih baik dari orang lain? Rasa bila kita pakai hitam semua ni, kita lebih terjaga kononnya dari mereka yang pakai warna-warni. Rasa kita yang tak dikenali ni lagi bagus dari orang yang hari-hari selfie bersepah. Aku yang tak pakai inai ni lagi mahal dari orang yang kukunya merah.
Hati-hati, kawan. Nak syadid dengan diri sendiri tak apa, tapi jangan paksa orang pada benda khilaf contohnya, Fara share antara nasihat penting yang Syeikh berikan yang cukup dalam maknanya,
‘Ingat, kita datang ke dunia bukan untuk buat tugas malaikat. Kita bukan malaikat’. Farah, siapa kau untuk bercakap tentang thaharoh (kebersihan-penyucian) jika engkau sendiri masih lagi kotor dan belum bersih. Maka sibuk lah dengan aib sendiri, jangan sibuk dengan aib orang.
‘Aku tak nak pakai tudung’
Ada satu cerita yang Syeikh kongsikan yang amat menarik. Ada satu family arab datang kepada Syeikh mengadu yang anak perempuannya tak nak pakai tudung. Sedangkan mereka dah cuba bagi yang terbaik. Syeikh akhirnya berjumpa dengan remaja tadi dan berborak. Gadis tadi berkata, ‘Aku tak nak pakai tudung.’ Syeikh kemudian menjawab, ‘Okay boleh.’
Terkejut remaja tadi mendengarkan jawapan Syeikh dan terus bertanya dan bersoal dengan Syeikh, kenapa boleh? Kenapa kau izinkan aku freehair sedangkan semua orang tak bagi aku freehair.’ Syeikh senyum dan berkata. Jika itu yang membuatmu bahagia, teruskanlah. Allah cukup sayang akan dirimu, Allah sayang dan Rasulullah shollahu ‘alaihiwasallam cukup cinta dengan dirimu. Aku tahu engkau anak yang baik, yang solehah dan penyayang.
Mendengarkan kata-kata Syeikh, remaja tadi terus jatuh melutut ke lantai sambil menangis. Beliau cukup tersentuh dan sedih kerana itu adalah satu-satunya momen dalam hidup, dia rasa disayangi dan dicintai penuh tulus. Sebelum ini, keluarganya hanya akan menghamburkan marah dan memaksa dengan kebencian untuk dia lakukan sesuatu.
Ibu bapa yang silap
Syeikh memarahi ibu bapanya kerana yang silap adalah parents. Siapa yang suruh kau hantar anakmu ke sekolah international termahal, dengan harapan dia menjadi perempuan muslimah sedangkan sekolah itu sekolah western. Siapa yang suruh engkau hari-hari memarahi puterimu sehinggakan dia memberontak.
Kadang-kadang, pakaian dan perbuatan seseorang itu bukanlah terhasil sebab dia jahat atau tak baik. Tetapi terhasil dari kebencian dan rebel dalam diri, tidak cukup dihargai, pengalaman buruk kehidupan dan juga environment dia dibesarkan. Bukanlah totally salah dirinya. Bukanlah kerana dirinya wanita jahat.
Remaja tadi mengekalkan tudungnya dan tak jadi membuka tudung asbab dari perjumpaan dengan Syeikh hanya kerana akhlak yang Syeikh tunjukkan dari adabnya yang cukup tinggi hikmah. Berubah secara sukarela dan penuh iman itu lebih bermakna dari berubah secara terpaksa.
Berubah kerana hikmah dalam menasihati. Iaitu menunjukkan akhlak, perbuatan, bukan dengan kata-kata semata.
Hikmah psikologi dalam berdakwah
Agama kita agama kasih sayang, Allah sentiasa bagi kita peluang dan pengharapan. Jangan kita menjadi orang yang menghancurkan harapan seseorang dalam kehidupan dan menjauhkan mereka dari agama.
Hikmah dan adab, itulah yang ada pada Syeikh yang dapat kita rasai akhlak Rasulullah pada dirinya dan yang terakhir Syeikh pesan sentiasalah sangka baik. Walaupun ketika kau sedang melihat seseorang itu minum air dikelab malam, boleh jadi dia sedang minum air kosong bukannya arak.
MasyaAllah itulah level bersihnya hati seorang ulama, cukup memberi manfaat dan kesan kepada jiwa kita yang sakit. Hidayah itu kerja Tuhan, tugas kita hanya menyampaikan dengan baik. Terima kasih atas semua keprihatinan yang Fara terima setiap hari.
Hukum menutup aurat adalah wajib tanpa kompromi dan semua sudah maklum. Cerita di atas menunjukkan hikmah psikologi Syeikh dalam berdakwah dan tahunya seorang guru akan keperluan hati setiap dari mereka yang mendatanginya perlu layanan yang bagaimana. Moga tiada salah faham.
Sumber: Syarifah Furaiha