Korang pernah tak idamkan suasana bila bangun tidur, bukak tingkap terus nampak taman yang menghijau, hirup udara segar dan kawasan yang senyap tanpa bunyi kenderaan? Bahagia kan kalau semua ni jadi realiti. Siapa cakap semua ni tak boleh menjadi kenyataan?
“My passion, my life, my home”. Haa..kalau korang nak tahu, inilah konsep inovatif yang diketengahkan EcoWorld Development Group Bhd (EcoWorld) terhadap projek perumahan terbaru mereka iaitu ErgoHomes, di mana korang boleh nikmati persekitaran yang lebih komunal sambil menjalani kehidupan sepenuhnya!
Segalanya bermula di Hazelton #ErgoHomes..
Merupakan sebahagian dari fasa Hazelton, ErgoHomes merupakan hartanah teres dua tingkat dengan rekaan rumah moden, berpagar dan dikawal. Bermula dengan harga RM500 ribu ke atas, ErgoHomes merupakan hartanah mampu milik yang sememangnya sesuai buat pasangan baru berkahwin yang mencari rumah pertama.
Senibina unik, buat pertama kalinya di Malaysia..
Selalunya, rekaan rumah teres di Malaysia ni berkonsepkan satu rumah, satu pagar. Tetapi, uniknya ErgoHomes ni, ianya bukan seperti rumah teres biasa, sebaliknya mempunyai susunan 4 rumah tak berpagar dalam satu kawasan sama yang berbentuk L. Rekaan ini adalah yang pertama di Malaysia yang membolehkan korang beramah mesra dan lebih dekat dengan jiran tetangga.
Seperti namanya, ErgoHomes direka bentuk dengan prinsip-prinsip ergonomik, di mana kecekapan dan keselesaan menjadi tumpuan utama dalam merancang ruang untuk memenuhi gaya hidup yang diingini.
Bahagian depan rumah pula dibina dengan seni bina A-frame untuk meningkatkan nilai estetika bangunan. Selain rekaan rumah moden, bentuk bangunan ErgoHomes juga adalah ideal dengan lebih banyak tingkap yang dapat memberikan ventilasi serta pencahayaan semula jadi.
Bersantai di rumah pun boleh..
Setiap hujung minggu bosan rasanya kalau tak keluar dan buat aktiviti di luar kan? Haa..di ErgoHomes, korang akan rasa macam taknak keluar rumah je.
Mana taknya, setiap unit ErgoHomes mempunyai taman peribadi berukuran 15 kaki x 15 kaki, yang membolehkan korang menikmati pelbagai hobi dan aktiviti dengan rakan dan keluarga di ruangan ini. Bolehlah buat BBQ party sambil celup-celup kaki dalam kolam. Bestnya!
Selain itu, kawasan ErgoHomes turut dikelilingi oleh taman yang mudah diakses melalui taman peribadi setiap unit. Mudahlah untuk korang berinteraksi sesama jiran!
Kawasan bebas kereta, selamat buat anak-anak..
Setiap ErgoHomes dilengkapi dengan 2 tempat letak kereta untuk penduduk dan pelawat yang terletak hanya beberapa langkah dari rumah korang. Ini bermakna, korang dah tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak ketika bermain kerana ia merupakan kawasan bebas kereta.
Bekerja dari rumah? Tiada masalah..
Menariknya, ia juga dilengkapi dengan Passion Area iaitu kawasan di sebelah ruang tamu khas untuk mereka yang bekerja dari rumah. Bagi korang yang bekerja dari rumah, bolehlah korang jadikan kawasan ni sebagai mini pejabat, ruang kerja ataupun ruang aktiviti bersama keluarga.
Bila dah seharian buat kerja dan perlukan rehat, bilik tidur utama seluas 30 kaki adalah tempat yang paling sempurna buat korang merehatkan diri!
Amacam? Mesti korang dah jatuh cinta dengan ErgoHomes ni kan? Korang kena cepat tau sebab sekarang hanya 57 unit ErgoHomes sahaja yang tinggal! Memang kediaman idaman betul, dah lah mampu milik!
Oh ya, bagi korang yang inginkan ruang yang lebih besar, selain ErgoHomes, terdapat juga pilihan lain di Eco Forest seperti Garden Homes yang bukan sahaja mempunyai reka bentuk dalaman yang lebih luas iaitu berukuran 30 ‘x 65’, tetapi juga mampu memuatkan sehingga tiga buah kereta di depan rumah korang. Bolehlah ajak kawan dan saudara mara ramai-ramai datang rumah lepas ni!
Untuk pengetahuan korang, unit pameran ErgoHomes sudah pun dibuka dan sedia untuk dilawati. Jom lawat galeri dan daftar sekarang untuk menikmati pelbagai keistimewaan bagi mereka yang terawal!
Untuk info lebih lanjut, korang boleh berkunjung ke galeri EcoWorld atau berhubung secara langsung dengan kakitangan EcoWorld di sini.