Sebelum ini, hubungan akrab penyanyi, Aliff Aziz dan bekas isteri, Bella Astillah menjadi perhatian ramai apabila mereka masih berhubungan baik walaupun sudah berpisah. Malah, mereka saling mengikuti laman sosial masing-masing selain turut ‘live’ bersama di Instagram.
Terbaru, netizen mempersoalkan pula tindakan Bella yang meluangkan masa bersama Aliff Aziz di Singapura. Menurut Bella, pertemuan tersebut hanyalah demi anak tunggal mereka, Ayden Adrean.
Pergi Singapura atas alasan kerja
https://www.instagram.com/p/B3eqibtpo-V/
Bella ketika ditemui Media Hiburan mengakui akan pertemuan bersama bekas suaminya dan memberitahu tujuan utama pergi ke Singapura adalah atas urusan kerja. Dia juga mengambil kesempatan itu untuk membawa anaknya, Ayden Adrean berjumpa dengan Aliff.
Bella juga turut menegaskan bahawa pertemuannya dengan Aliff bukanlah berduaan tetapi mereka ditemani Ayden dan juga ahli keluarga yang lain.
Saya faham ramai yang tertanya-tanya, ramai yang memberi spekulasi yang tidak betul. Tetapi apa yang boleh saya kongsikan di sini, saya ke Singapura kerana ada sesi meet and greet bersama Zizan Razak.
Dan apabila lokasi pertemuan itu di Singapura, saya terfikir mengapa tidak saya bawa keluarga bersama. Saya bawa mama, adik dan Ayden. Saya boleh membawa Ayden berjumpa Aliff di sana. Semuanya secara kebetulan, bukan dirancang.
Buat yang terbaik untuk Ayden
Kata Bella lagi, dia bukanlah sengaja ingin mencipta kontroversi tetapi apa yang dilakukannya ini adalah untuk kebaikan Ayden. Jika apa yang dilakukannya ini adalah satu kesalahan, sudah pasti keluarga akan menegurnya. Sebaliknya, ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menyokongnya.
Saya tahu niat diri sendiri dan hanya saya tahu mengapa. Kalau buat perkara yang tidak baik, sudah tentu Allah tidak suka dan hanya akan mengundang perkara yang tidak baik. Saya buat yang terbaik untuk Ayden.
Mungkin ramai yang beranggapan kami keluar berdua, tidak. Ketika dekat boling itu pun, saya bawa ibu, Eriqa dan Ayden.
‘I want Daddy’
Tambahnya lagi, dia tidak sampai hati melihat keadaan Ayden yang menangis sewaktu berada di lapangan terbang untuk pulang kerana mahukan bapanya.
Ayden sangat gembira sehingga sewaktu tiba di lapangan terbang, dia asyik menangis dan menyebut ‘I want Daddy.’ Saya sedih melihatnya dan harap semua doakan yang terbaik.
Kita manusia hanya boleh merancang, namun Allah yang menentukan takdir kita. Apa-apa pun saya terima dengan hati terbuka.
Sumber: Media Hiburan