Berperanan sebagai rumah pelindung bagi remaja hamil luar nikah, Baitus Solehah menerusi laman Facebook sering berkongsi kisah-kisah anak jagaan mereka. Di sebalik kisah tersebut, Baitus Solehah menitipkan pesan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Menjadi salah seorang tulang belakang yang menyelamatkan gadis-gadis terlanjur, doktor Najdah Othman kongsi perjalanannya bersama Baitus Solehah.
Orang pertama merungut
SOCIAL HERO AWARD ISKANDAR MALAYSIA – AN EYE OPENER
Orang tanya aku, apa function aku dalam Baitus Solehah? Ikutkan, memang aku takde apa apa peranan pun. Sejak beroperasi pada tahun 2013, akulah yang pertama merungut dalam hati, kenapa bawak orang asing yang mengandung masuk dalam rumah ni? Sebab, bilik aku lah jadi tempat perlindungan pertama digunakan untuk menempatkan pelatih pelatih ni. Tapi dalam masa yang sama, terdetik juga rasa belas dan kasihan. Ada masa, rasa geram dengan pelakuan pelatih.
Masuk tahun 2014, selepas tamat pengajian, aku mula menetap tetap di rumah umi, bersedia untuk menyambut kelahiran ke 3 bersama sekitar 6,7 orang pelatih lain. Dari situ aku berkawan dengan pelatih pelatih ni, masak bersama, buka puasa bersama, beraktiviti bersama dan mula mengenali hati budi. Lepas beranak, aku menjalani sesi Housemenship yang padat dan memenatkan. Sekali sekala, tolong bawa pelatih ke hospital (kalau kebetulan ada yang sakit nak beranak atau appointment)
Lama kelamaan semakin matang
Semasa tahun 2015 masa aku posting O&G, masa nilah yang akan bertembung kerap dengan pelatih dan pengasasnya. Sebab urusan BS banyak berkaitan dengan O&G. Aku pulak sejenis, kalau boleh tak nak orang tahu pengasas ialah ibu aku, #bendabolehsorok sebab bagi aku, dalam satu satu posting, kau akan dikenali sama ada seorang HO yang cemerlang atau seorang HO yang incompetent (dari segi attitude/knowledge) atau yang berkontroversi; yang mana adalah antara faktor yang boleh dijadikan sebab untuk di-extendkan dalam sesuatu posting, fikiran aku pada masa tu. Disebabkan tak lah berapa nak cemerlang, jadi aku pilih tak mahu dikenali, nak jadi biashe biashe #konon supaya takde kontroversi gituw. Makanya, banyak la sesi buat-buat tak kenal pelatih mahupun pengasas nya sekali #siskejam bila mana mereka berurusan di jabatan O&G. Tapi tak bagi adik aku, Amiratun Nazihah, masa dia di posting O&G, dialah jadi ‘Legal Guardian’ untuk menurunkan signature kebenaran bagi pihak ibu aku untuk mana mana pelatih bawah umur yang memerlukan kebenaran penjaga. Eton jenis hati kental dan gigih, perangai #adaakukesah tu tersemat rapi dalam jiwa dia. Now bila fikir fikir balik, alahai la fikiran aku kebudak-budakan..
Lama-kelamaan, fikiran makin matang, sebab benda depan mata, sikit sikit aku tolong apa yang patut. Tapi banyak nya tolong kalau kebetulan; kebetulan nak masuk kerja, ada pelatih sakit so bawak sekali ke hospital, atau kebetulan cuti, ada pelatih nak kahwin jadi aku jadi MUA tak bertauliah, atau kebetulan tak kerja, jadi chef of the day (aku suka memasak), atau consult kesihatan sama ada perlu ke klinik atau ke hospital terus, atau beri talk kesihatan, atau kebetulan nak beranak so tolong sambut eh eh ? Bukan saja saja tau, aku tak nak pon ambil risiko sambut kelahiran tanpa peralatan/kemudahan/pantauan pakar, tapi ini semua kebetulan baby dah di perineum. Terpaksa sambut untuk elak komplikasi. Semuanya kebetulan
Mastermind of course Mak Liza, memikirkan apa nak kene buat, uruskan jadual kuliah supaya masa tak membazir, fikirkan urusan kelahiran dan pendaftaran, urusan urut mak berpantang dan sebagainya yang tak tertulis. Otak dah pakai Mak liza punya, dan semestinya perlukan kaki & tangan juga, Nur Afifah kak ipar aku, mantan/pemangku umi dialah uruskan discaj pelatih dan bayi, urusan sijil kelahiran, jumpa social welfare dan urusan-urusan lain. Untuk urusan harian, Afdhal suami aku sebagai pemandu merangkap guru fardu ain, paling utama sebagai pemandu cinta ke hatiku cia cia cia #jangankecam. Serba boleh chef merangkap guru mengaji, Ali Ahsan lah yang mengajar alif ba ta buat pelatih yang tak kenal atau dah lupa iqra’. Dan adik adik lain atas urusan-urusan disebalik tabir.
Betul-betul buka mata
Kenapa aku tulis an eye opener?
Malam tadi betul-betul membuka mata aku, ramai sungguh manusia dijemput dan berkumpul, atas khidmat social yang masing masing berikan. Antara contoh:
1. Seorang OKU yang mahukan orang OKU lain boleh mengurus diri sendiri dan dapatkan pendapatan sendiri dalam mengharungi kehidupan. Beliau sediakan platform kemahiran kulineri dengan yuran rendah atau pun percuma dalam masa yang sama ada cafe untuk jual semula hasil pembelajaran.
2. Bersihkan pantai semata mahu pantai yang bersih dan pemandangan yang cantik. Kotor pon disebabkan manusia tak bertanggungjawab tinggal sampah merata. #pleasebehavelikeanimals
3. Dari parents ke parents, seorang ibu kepada anak istimewa yang memberi sokongan moral kepada ibu-bapa lain dalam membesarkan anak istimewa. Support system sangat penting terutama parents yang down ketika berhadapan dengan anak anak istimewa, supaya emosi dan semangat mereka pulih semula.
4. Ibu tunggal membantu ibu tunggal lain berdikari dan menjana pendapatan.
5. Free market- pasar barang percuma kepada orang susah dan kurang berkemampuan.
6. Education service kepada anak-anak peniaga pasar karat semasa ibu bapa mereka berniaga, jadi masa anak mereka terisi dengan aktiviti dan pelajaran.
Dan macam macam lagi kebajikan yang tak terfikir dek akal, yang diberikan kepada masyarakat. Ada yang OKU, umur 78, dan sampai saat ni, aku terfikir dan tertanya-tanya kita yang muda sihat tubuh badan, apa yang kita beri pada masyarakat, agama dan negara? Sampai bila asyik nak kebetulan je?
#bukancakapsiapasiapa
#notauntukdirisendiri
#renunganbersama
Sumber : Najdah Othman