Baru-baru ini viral di media sosial sebuah komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’ yang didakwa diedarkan secara senyap ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) seluruh Malaysia. Hal ini diketahui umum selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan halaman dalam komik tersebut hingga mendapat pelbagai respon orang ramai termasuk menteri-menteri.
Menerusi Berita Harian, Pejabat Perdana Menteri juga tidak pernah memberi kebenaran supaya komik itu diedarkan ke sekolah. Malah, Tun Dr Mahathir juga tidak mengetahui isi kandungannya dan tidak pernah memberikan persetujuan supaya gambar beliau digunakan
Komik berunsur propaganda
Tiga lagi muka surat dari komik propaganda DAP yang telah diedar secara senyap kepada semua 2,500 buah sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan dalam negara.
Kawan-kawan boleh baca dan membuat peniliaian sendiri jika komik ini sesuai diedar kepada murid-murid sekolah Malaysia.
Perkongsian Najib yang memuat naik gambar tersebut kira-kira 3 petang semalam mula menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya marah dengan Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai ‘Superman’.
Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan komik didakwa berbentuk propaganda politik itu sengaja diedarkan untuk memburukkan Malaysia dan dirinya sekeluarga.
Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan komik itu tidak diketahui dan ianya dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul.
KPM tidak pernah memberi kelulusan
Terdahulu, Kementerian Pendidikan menafikan membenarkan komik itu diedarkan ke sekolah di seluruh negara. Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dinyatakan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia.
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sudah diarah memastikan semua sekolah tidak menerima serta mengedarkan buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal. Kita juga akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku itu, membabitkan fakta dan orientasi penulisan.
Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri mengenai aspek keselamatan yang membabitkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara
Ia dipercayai diterbitkan pada Jun lalu menerusi kerjasama antara kurator, Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.
Penerbitan komik tidak akan diteruskan
Sementara itu, menurut jurucakap Muzium Kebudayaan Komik Asia mereka kini dalam proses menerbitkan versi Bahasa Melayu komik berkenaan yang pada awalnya hanya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Namun, hari ini kami menerima arahan daripada pihak berkuasa supaya penerbitan komik itu tidak diteruskan.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengenal pasti identiti pihak terbabit, termasuk pengarangnya, dan akan mengambil tindakan tegas.
Syed Saddiq bersuara
Hal ini turut mendapat respon dari Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq sendiri yang tidak setuju dengan propaganda politik yang dicetuskan oleh Hew Kuan Yau sejak tahun 2016. Menurutnya dia tetap dengan pendiriannya pada tahun 2016 apabila dia bersuara mengenai kurator itu yang sebelum ini pernah mengatakan South China Sea milik China.
Menteri Belia dan Sukan turut menyifatkan Kuan Yau sebenar Super Stupid Superman dalam status beliau sambil meluahkan kekesalan.
Sumber : Berita Harian, Syed Saddiq, Najib Razak