Sudah menjadi trend apabila rata-rata anak muda sanggup membeli dan menghisap vape ataupun lebih dikenali sebagai rokok elektronik. Meskipun, vape dan rokok mempunyai perbezaan dari aspek tertentu namun, rokok elektronik ini juga mampu mengundang risiko terhadap kesihatan anda.
Seperti pengalaman yang dikongsi Wan Muhamad Amirul ini, di mana dia terpaksa menjalani pembedahan kira-kira mencecah kos RM20k untuk membuang tonsil. Tambahnya, ketumbuhan tonsil itu dipercayai berpunca daripada wap air vape atau caliburn.
Memang kerap menghisap vape
Betulkah penggunaan rokok elektronik seperti vape caliburn atau pod adalah lebih bahaya daripada rokok? Jawapan saya ialah YES vape atau caliburn lebih bahaya daripada rokok!!
Setelah dikaji semula berkaitan dengan tonsil yang baru di operate 3 hari lepas, tonsil dan ketumbuhan dalam hidung ini berkemungkinan besar berpunca dari wap air vape atau caliburn.
Dari pengalaman diri saya sendiri, saya mengambil jalan mudah untuk berhenti merokok dengan menggantikan rokok kepada rokok elektronik ni. 3 bulan sebelum ini, memang terlalu kerap saya menghisap vape dan caliburn. Sehinggakan saya boleh katakan tak nak pada rokok! Katakan TAK NAK PADA ROKOK!
Punca tonsil membesar
Sekarang katakan TAK NAK PADA VAPE!. Pendapat saya, cecair atau flavour vape/caliburn inilah punca tonsil membesar dan menghasilkan kuman sekaligus menyebabkan ketumbuhan di dalam hidung. Bila berjumpa pakar, soalan lazim pakar akan tanya, merokok ke tak? Bila yes merokok, mereka hanya tersenyum.
Bagi pendapat saya, vape atau caliburn bukan jalan yang mudah untuk berhenti merokok kerana ia tidak sesuai dengan antibodi sesetengah manusia sperti saya dan bukan saya nak menggalakkan merokok itu lebih baik dari vape atau caliburn, tapi ia bergantung kepada diri masing-masing.
Kos pembedahan
Bukan benda main-main bila diri kita jatuh sakit. Lagi-lagi sakit bila kena operate di tiga tempat utama. Saya hanya ingin berkongsi apa yang terjadi pada diri ini minggu ini dan saya kongsikan kos untuk jalankan operate disebabkan masalah merokok ini.
Sumber: Wan Muhamad Amirul