Ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini, berlaku sedikit provokasi di antara Indonesia dan Malaysia di mana penyokong Indonesia didakwa dipukul. Video kejadian dikatakan sudah tersebar meluas di media sosial dan portal. Sehubungan dengan itu, Indonesia mahu Malaysia meminta maaf jika benar penyokong mereka diancam.
Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Twitter memuatnaik kenyataan daripada Polis Diraja Malaysia mengenai penularan video penyokong Indonesia dipukul. Katanya, pihak polis sedang melakukan siasatan mengenai kesahihan video tular.
Video viral
Minister of Sport @SyedSaddiq, here a video of Indonesian supporters got beaten up by Malaysian after our last match, they even added very insulting caption. Considering how you demanded apology from us the last time, we hope you would return the favor apologize for this
Cc @PSSI pic.twitter.com/ehZHU4lsmU— Permadi Arya (@permadiaktivis) November 21, 2019
Jangan percaya HOAX – Syed Saddiq
Syed Saddiq menerusi video pendek di Instagram memohon orang ramai tidak percaya dengan penipuan yang dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan hubungan rumpun antara Indonesia dan Malaysia.
Polis Diraja Malaysia juga telah melakukan siasatan lanjut mengenai perkara ini.
Penyebaran video dibuat untuk memburukkan Malaysia
Kes disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, PDRM percaya insiden tidak berlaku di Stadium Bukit Jalil.
Tambahnya lagi, penyebaran video dibuat bertujuan untuk memburukkan reputasi Malaysia serta menjejaskan hubungan baik serumpun.
Agenda untuk memudaratkan keselamatan rakyat Malaysia
Kenyataan dari Polis.
Polis mengesahkan bahawa kejadian tidak bertempat di Stadium/Luar Stadium.
Bagi yang terkesan atau ada di lokasi kejadian, tolong buat laporan polis supaya siasatan yang adil dapat dijalankan.
Keadilan milik semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia.
Menteri Belia dan Sukan ini menambah lagi penyebaran video dipercayai mempunyai agenda untuk memudaratkan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia.
Sumber : Syed Saddiq