Screen Shot 2014-02-17 at 11.32.30 AM

Walaupun sering dikecam dengan pelbagai kontroversi berkenaan hubungan mereka, pasangan yang mengaku bahawa mereka kini sedang ‘rapat’ ini dilihat tenang dan bijak mencari jalan untuk menangkis isu-isu tersebut.

Artikel Berkaitan:

Terbaru, pelawak terkemuka tanah air tersebut bagaikan sudah memberi kepastian terhadap hubungannya dengan pelakon jelita, Emma Maembong, apabila telah memuatnaik sekeping lukisan kartun yang dipercayai dilukis oleh Emma sendiri.

Screen Shot 2014-02-17 at 11.00.04 AM

Lukisan kartun yang dimuatnaik oleh Zizan

Malah, lukisan comel lelaki dan wanita berpegangangan tangan itu juga disertakan dengan caption romantis yang membayangkan keindahan hubungan cinta mereka.

Ucapan ‘love u syg’ yang ditulis oleh Zizan di dalam caption tersebut juga jelas menunjukkan bahawa hubungan mereka kini sudah lebih serius daripada sekadar bergelar ‘kawan rapat’ seperti yang didakwa oleh mereka berdua sebelum ini.

Screen Shot 2014-02-17 at 11.09.51 AMCaption romantis yang ditulis oleh Zizan

Para peminat juga nampaknya merestui hubungan Zizan dan Emma apabila mereka mendoakan semoga pasangan ini ke jinjang pelamin.

Screen Shot 2014-02-17 at 11.14.34 AM

Lebih menarik lagi, Zizan turut membalas komen positif para peminat dengan ucapan:

Screen Shot 2014-02-17 at 11.24.45 AM

Agaknya lepas ini Zizan dan Emma akan mengaku bercinta atau tidak bila ditanya oleh pihak media? Macam mana pula dengan para pembaca OHBULAN! semua? Gembira tak dengan pengakuan tidak rasmi Zizan ni? Jom komen sikit.