Dua orang lelaki warga Vietnam, ditahan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang baru-baru ini selepas mereka menyalahgunakan pas lawatan mereka sebagai pelancong. Menurut laporan, kedua-dua individu tersebut menjalankan aktiviti urut untuk kaum sejenis dengan mengenakan caj RM150 setiap sesi.
Urut dalam keadaan bogel
Menurut Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, dua lelaki tersebut ditahan ketika serbuan dilakukan di salah sebuah hotel di Pulau Pinang. Ketika ditahan, kedua-dua lelaki yang berusia 22 dan 29 tahun itu, berada dalam keadaan bogel sambil mengurut pelanggan.
Kedua-dua mereka mengaku mengenakan bayaran RM150 untuk sejam dan mereka didapati masuk menggunakan pas lawatan sosial yang sah. Kita dapati mereka sudah lima hari menetap di hotel ini serta mencari pelanggan dengan menggunakan media sosial. Sejumlah wang tunai RM1200, kondom dan ubat perangsang turut dirampas.
Mengaku bersalah
Menerusi laporan Harian Metro, kedua-dua individu tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan melakukan aktiviti tidak bermoral di dalam bilik hotel. Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pendakwaan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan hakim. Hukuman denda RM1000 dikenakan ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Sumber: Jabatan Imigresen Pulau Pinang & Harian Metro