Atlet wushu negara Loh Choon How mempamerkan aksi cemerlang apabila menyumbang emas kelima negara di Sukan Sea 2019 Filipina. Kejayaannya itu sudah tentu membanggakan seluruh negara dan pastinya keluarga lebih mengetahui jerih perih sebelum boleh tersenyum puas.
Seorang netizen berkongsi bagaimana bapa Choon How begitu menghargai saat manis dikecapi anaknya itu dengan cara tersendiri.
Cari akhbar dengan berita kejayaan anak
Individu dengan nama RimauXI menceritakan bapa Choon How, Loh Hon Far yang mencari akhbar mengandungi berita kejayaan anaknya itu di sebuah kedai gunting rambut. Walaupun ditawarkan semua suratkhabar yang ada, lelaki warga emas berkenaan hanya meminta 2 keping yang mengandungi berita berkenaan Choon How sahaja.
Pamer aksi meyakinkan
Emas ke-5 buat Malaysia, ayuh Malaysia ? #iniMASkita Atlet Wushu, Loh Choon How #seagames2019 pic.twitter.com/udIHsv9o7A
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 2, 2019
Choon How menawan hati juri dengan aksi tersendiri meraih 9.68 mata dalam acara taijijian lelaki pada Isnin lalu. Atlet 26 tahun ini turut menjadi penyumbang emas pertama negara dalam acara taijiquan yang berlangsung pada Ahad lalu.
Netizen tumpang bangga, ucap tahniah
Sumber: RimauXI, Astro Arena, The Star, MalayMail