Ibu kepada usahawan dan pempengaruh Siti Jamumall iaitu Norizan Jaaffar mengakui terkesan dengan perceraian kali kedua anaknya yang menjadi perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Respon Isu Cerai Siti Jamumall & Aiman – ‘Jika Sah Lafaz Talak, Mereka Tidak Boleh Rujuk Kembali’

Artikel Berkaitan: Lebih 20,000 ‘Mata’ Jadi Saksi, Siti Jamumall Bercerai Talak Dua Dengan Aiman Tak Kesah Secara ‘Live’

Anak diceraikan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Norizan terkejut selepas melihat sendiri anak perempuannya diceraikan ketika sesi siaran langsung di media sosial.

Menurut dakwaan Norizan, itu bukan kali pertama Siti dan Aiman bertelingkah, malah dia juga pernah menasihati mereka.

Orang tengah sedap tidur waktu macam ini, saya pula tak boleh nak tidur dan terbuka live Siti tengah bergaduh dengan Aiman.

Macam-macam jadi dalam rumah tangga mereka, bergaduh kasar pun pernah.

Berbuih mulut bagi nasihat tapi nak buat macam mana nak jadi juga macam ini. Baru sahaja sebulan lepas dia bagi talak satu dekat Siti, malam ini (Rabu) dia bagi dua.

Habislah, apa lagi..puaslah hati. Yang jadi mangsa keadaan Siti.

Perasaan ibu

Dalam hantaran lain, Norizan dilihat sedang memeluk erat Siti dan meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa anak kesayangannya itu.

Saya sedih sangat tengok keadaan Siti bila diceraikan. Anak dalam kandungan baru berusia lima bulan.

Dia satu-satunya anak perempuan tunggal saya dalam enam adik beradik.

Dulu dia adalah permata yang sangat berkilau, kini telah malap. Hanya kami yang terdekat sahaja tahu, yang tersirat dan tersurat.

Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.

Sebelum ini, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahidin mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.

Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.

Sumber: TikTok Norizan Jaaffar