

Kemelut rumah tangga pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah yang sebelum ini dikatakan sudah selesai kembali menjadi perhatian apabila pempengaruh itu diceraikan talak dua, pada pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selepas Pengesahan Cerai, Saya & Aiman Rujuk Kembali’ – Siti Jamumall
Perselisihan faham
@syaz_hanny_beey #ibuhamil Allahuakbar.. kebetulah xsedap hati nk record …dh la tgh mengandung…shaking dia ??? semoga tabah….. #akalpendek #sitijamumall #perempuanhebat ? original sound – ??H@N€€¥?B€€¥?
Menerusi rakaman video sesi siaran langsung yang dimuat naik @syaz_hunny_beey di TikTok, dapat dilihat Siti yang sedang menjual produknya menangis teresak-esak sebelum meminta Aiman untuk keluar daripada bilik.
Menerusi rakaman video sesi siaran lansung yang dimuat naik @syaz_hunny_beey di TikTok, dapat dilihat Siti sedang menangis teresak-esak sebelum meminta Aiman untuk keluar daripada bilik.
Siti dan Aiman kemudiannya meneruskan pergaduhan yang didakwa berpunca daripada Aiman.
Saya tak nak tengok muka awak, tolonglah keluar. Saya tengah tak okay.
Awak punya kata-kata menyakitkan hati saya.
Awak buat rumah ini macam hotel, balik pun satu atau dua jam saja.
Bukan itu sahaja, kemelut itu semakin parah apabilaSiti mendakwa berlakunya keganasan rumah tangga.
Saya dah jadi takut dengan awak.
Awak tahu apa yang berlaku, kita dah sampai kes polis sebab awak pukul saya.
Aiman dituduh curang?

Sementara itu, Aiman mendakwa Siti sering menuduh dirinya berlaku curang setiap kali keluar rumah.
Malah, Aiman turut memberi bayangan telefon bimbitnya pecah susulan pergaduhan tersebut.
Awak cakap saya curang.
Setiap kali saya keluar malam saja, awak tuduh saya curang.
Aku nak kena buat apa lagi? Telefon aku dah pecah dah.
Di akhir sesi siaran langsung, Aiman kemudiannya seakan mengakui berlakunya keganasan rumah tangga sebelum bertindak menceraikan Siti dengan talak dua.
Okay, ya aku pukul kau, biar mahkamah uruskan.
Kan kau dah hantar aku ke balai polis dan aku dah kena. Jadi, sekarang ini untuk aku mengelakkan berlakunya lagi keganasan rumah tangga.
Kalau dulu aku pukul kau, sekarang aku tak nak pukul kau dah. Aku akan keluar rumah ambil semula maruah aku yang dipijak-pijak.
Selama ini aku terkongkong, bukan ja kena adil dengan kau tapi kena adil dengan abang kau juga.
Takkan malam ini aku ‘main’ dengan kau, pagi esok aku kena ‘main’ dengan abang kau.
Sekarang kau nak buka semua bendalah pasal aku apa semua? Okay baik semua jadi saksi ya.
Aku ceraikan Siti Suriani Wahiddin dengan talak dua, jumpa di mahkamah.
Aku orang kampung, sanggup dipijak tapi sekarang aku tak boleh diam.
Terdahulu, Siti mengakui berlakunya perceraian antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok








