![[VIDEO] Fila Amir Buat Majlis Tahnik Jemput Imam Dari Gaza, Nama Anak Jadi Perhatian Netizen – ‘Assara Adama Camara’](https://asset.ohbulan.com/2025/05/FilaAmirTahnikAnak.jpg)

Pempengaruh media sosial, Fila Amir berkongsi momen dirinya mengadakan majlis tahnik buat anak sulungnya, Assara Adama Camara.
Artikel Berkaitan: Lima Tahun Usaha Dengan IVF, Fila Amir & Suami Akhirnya Timang Cahaya Mata Perempuan
Buat majlis tahnik anak
Menerusi Instagram (IG), pemilik nama Nurafilah Amir Rusdi ini memuat naik video anaknya itu yang menjalani proses tahnik bersama imam besar kelahiran Palestin di Masjid Wangsa Maju.
Apa yang menghiburkan ialah, imam masjid tersebut berkali-kali bertanyakan cara sebutan yang betul bagi nama anak kepada Fila dan Adama.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji keindahan nama anak kepada Fila dan Adama.
Mereka juga meluahkan rasa gembira dan menganggap Assara seorang bayi yang sangat beruntung kerana ditahnik oleh seorang ulamak yang berasal dari Palestin.
Sekadar info, Fila dan suaminya, Adama Mohamed Camara selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).
Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.
Komen netizen


Sumber: Instagram Fila Amir






