Hujung tahun ni, banyak pulak sales kan? Semua murah-murah! Tapi ada satu tempat ni, memang sepanjang tahun la harga barang diorang murah. Tak pernah lebih dari RM 2.10 bagi setiap satu barangan. Puas hati sangat shopping dekat sini sebab ada lebih 100,000 barangan untuk korang pilih dan beli!
Confirm excited nak tahu kedai apa yang admin maksud, betul tak? Baik mengaku… Kedai yang admin maksudkan, tak lain tak bukan, Ninso! Hanya dengan RM 10, korang boleh dapat pelbagai barangan.
Cawangan baru dekat PKNS Shah Alam!
Pantas betul cawangan Ninso ni berkembang tau. Rasanya macam baru beberapa bulan lepas admin share tentang pembukaan Ninso di Balakong, tiba-tiba dah nak buka cawangan baru pulak dekat PKNS, Shah Alam 14 Disember ni.
Hangat betul sambutan yang diterima oleh Ninso. Makin banyak cawangan yang dibuka. Ye la, dengan kualiti barangan dan harga yang murah macam tu, jujur admin tak rasa pelik sebab admin pun kaki shopping dekat Ninso sebenarnya. Murah dan berbaloi-baloi!
Lepas ni orang-orang Shah Alam dan Klang tak payah dah la nak pi Selayang mahupun Balakong kalau nak shopping dekat Ninso. Dekat Shah Alam pun dah ada Ninso. Beroperasi dari jam 1o pagi hingga 10 malam. Korang shopping la sampai puas, ye.
Pelbagai jenis barangan ada!
Menariknya, tentang Outlet Ninso dekat PKNS, Shah Alam ni ialah keluasan dan susun atur barangan diorang. Setiap barangan disusun mengikut jenis dan kategori. Ianya terletak dengan rapi. Mudah korang nak cari barangan yang korang perlukan.
Banyak barangan yang mereka tawarkan bermula daripada makanan, minuman, barangan dapur, keperluan rumah, alat tulis, aksesori kereta dan pelbagai lagi. Rambang mata kalau datang ke Ninso ni. Murah belaka semuanya. Pilihan memang banyak dan ianya produk buatan Malaysia.
Like dan share untuk menang hadiah percuma!
Sempena dengan pembukaan outlet Ninso dekat PKNS Shah Alam ni, Ninso ada buat pelbagai giveaway untuk korang. Antara produk yang korang akan dapat termasuklah belon Ninso, snek Vita, teh hijau Oyoshi, tepung untuk goreng ayam, wafer roll dan hamper. Korang cuma perlu ikut arahan di bawah.
1. Like artikel ni.
2. Jangan lupa share artikel ini tau (public post)
3. Singgah ke Ninso PKNS, Shah Alam dan tuntut hadiah korang disana.
** Tertakluk pada terma dan syarat
**Sementara stok masih ada
Istimewa untuk korang yang berbelanja RM50 dan ke atas, korang akan menerima satu free token untuk digunakan di toys Vending Machine disana. Ada pelbagai toys yang menarik untuk korang dapatkan.
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom serbu Ninso PKNS, Shah Alam hari ini juga dan lihat sendiri apa yang diorang tawarkan untuk korang semua hanya pada harga RM 2.10. Jimat… Rugi tak singgah.
Facebook: Ninso WM
Website: Ninso WM
Ninso PKNS, Shah Alam
Tarikh pembukaan: 14 Disember 2019
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam
Alamat: G-60H, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor