Orang dulu-dulu sangat menitik beratkan pantang larang untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Orang tua zaman dahulu juga percaya si ibu yang mengandung tidak boleh melakukan perkara yang boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Walaupun ramai yang menganggap perkara itu mitos, ada kebetulan di setiap larangan yang dibuat.
Seperti kisah yang dikongsi M Ikmal Bin Mohd di Facebook, ketika isteri sedang hamil tiga bulan, dia secara tidak sengaja melanggar seekor musang ketika dalam perjalanan ke rumah. Selepas dari itu, bayi di dalam kandungan ‘lesap’.
Maafkan ayah nak
Selamat jalan anak ayah. Maafkan ayah nak. Kerana umur mu tak panjang, sepatutnya adik dah 3 bulan cukup sifat, semalam adik ada lagi dalam perut ibu. Tetapi hari ni pergi scan, adik dah takda. Nyawa adik dengan jasad-jasad sekali sudah di ambil sebagai pengganti.
Minggu lepas, hari Ahad malam dalam pukul 9, masa balik dari Paka, ada sekor musang langgar kereta aku, aku tak sempat nak mengelak, terus gilis, bila aku pusing balik sebab nak tengok musang tu hidup ke mati, tapi musang tu dah tak ada dari tempat tu. Pelik pon ada time tu, bila sampai rumah terus cite dekat wife yang aku ni gilis musang.
Dan hari keesokan tu (Isnin) pergi klinik nak buat buku pregnant, tapi pulang dengan kecewa, sebab doctor bagitau baby tak ada. Okey kami cuba positifkan benda ni maybe tak nampak lagi kot, masa tu kami tak tahu ponn benda ni berkait dengan musang aku langgar tu.
Ada ‘sesuatu’ sorok
(Sekadar gambar hiasan)
Then ada lah akak member wife aku bagitau, yang wife aku sekarang (minggu lepas) memang mengandung, tapi ada sesuatu yang sorok baby tu sebab tu bila scan dekat klinik, baby tak nampak, kemudian member wife aku suruh jumpa orang yang pakar bab-bab boleh tengok benda-benda mistik ni,
So semalam (Jumaat) aku balik rumah mak mertua aku, kebetulan join rombongan member tunang so, akak member wife aku memerhati wife aku tiba-tiba dia sebak sedih sebab dia tengok baby tu ada lagi, cuma benda tu still sorok baby tu.
So malam tadi, akak member wife aku tu, call wife aku, dia suruh wife aku tanya “ada langgar apa-apa tak?” (akak member aku boleh rasa yang aku ni ada langgar sesuatu) so dia kata kalau ada, pergi rumah dia malam ni, so aku dengan wife aku pergi lah dengan perasaan berdebar kan, aku cite lah dari A-Z, yang aku ni ada langgar musang, dorang terkejut, dorang terus rasa terkejut, dorang bagitau yang aku langgar tu, bukan musang, tetapi, ia sesuatu makhluk yang menyerupai musang. So benda yang selindung baby dalam kandungan wife aku tu lah dia tengah nazak, sebab aku langgar dia, so dia tuntut balik nyawa anak aku sebagai pengganti.
Ni gambar keputusan scan hari ni sebab ustaz suruh pergi scan sebab semalam dah minum air tawar, tapi baby dah tak ada, dia dah ambil sebagai pengganti. Ni aku ada cite serba sedikit apa yang berlaku, harap menjadi pengajaran dari kisah ni untuk para bakal jadi ibu bapa esok-esok.
Sumber : M Ikmal Bin Mohd