
Penyanyi Indonesia Al Ghazali telah selamat bergelar suami kepada model dan juga pempengaruh Alyssa Daguise pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Majlis Bersiram Anak Sulung Satukan Ahmad Dhani, Maia Estianty & Mulan Jameela
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Mahu Meninggal Saat Itu..’ – Kisah Hijrah Makhluk Paling Seksi Mulan Jameela
Akad nikah
Menerusi perkongsian di Instagram, anak kepada komposer terkenal Ahmad Dhani itu sah disatukan dengan isterinya hanya dengan sekali lafaz.
Alysaa pada majlis tersebut menerima 16.6 gram logam mulia (logam-logam yang bernilai tinggi) serta wang tunai sebanyak 2025 euro.
Saya terima nikah dan kawinnya Alyssa Paramitha Daguise dengan mas kawin tersebut dibayar tunai.
Busana Tradisional

Majlis tersebut turut diraikan bersama adik beradik kepada Al iaitu El Rumi dan Dul Jaelani yang di dampingi oleh ibunya Maia Estianty. Turut kelihatan ibu tiri mereka, Mulan Jameela.
Pasangan berkenaan kelihatan manis dengan busana tradisional Sunda berwarna putih, manakala keluarga mereka mengenakan pakaian seragam berwarna hijau.
Difahamkan hari bahagia pasangan mempelai itu berlangsung penuh privasi di The St. Regis Jakarta Selatan, Indonesia.
Terdahulu, Al dan Alysaa turut melangsungkan majlis pengajian dan siraman sebelum majlis ijab dan kabul dilaksanakan.
Sumber: Instagram & Insert Live





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)