berita

Ahmad Dhani Akhirnya Bebas Selepas Setahun Dipenjara, Peminat Bawa Berarak Naik Lori

January 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara memuat naik status berbentuk kebencian berkaitan isu suku kaum dan agama menerusi akaun twitter rasminya sebelum ini, vokalis band Indonesia, Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani terpaksa menjalani hukuman penjara selama 1 tahun 6 bulan di Penjara Cipinang, Indonesia.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, penyanyi tersebut sudah dibebaskan dari penjara dan dia bersyukur kerana ramai peminatnya sanggup hadir dan menyambutnya dari awal pagi di luar penjara.

Menaikkan sepanduk sebagai tanda sokongan

https://www.instagram.com/p/B6r1pqJAtnR/

Mengikut laporan wakil media Indonesia, Ahmad Dhani sepatutnya dibebaskan pada 28 Disember yang lalu, namun tarikh tersebut ditunda pada hari ini. Tambah mereka, penyanyi tersebut menunjukkan reaksi yang amat positif sebaik sahaja dibebaskan dari penjara dan kesemua peminatnya tidak membuat sebarang kekecohan semasa penyanyi kegemaran mereka dibebaskan.

Peminat yang menunggunya tidak mencetuskan apa-apa kekacauan kecuali menjerit-jerit melaungkan namanya serta menaikkan sepanduk dan kain rentang sebagai tanda sokongan. Selain itu, reaksi yang ditunjukkan oleh Ahmad Dhani amat positif. Dia bersyukur dapat menjalani hukuman dengan baik dan gembira kerana dapat menyambut kehadiran tahun baru bersama keluarga.

Meneruskan perjuangan politik

Mengenai ideologi politik, Ahmad Dhani memberitahu bahawa dia akan meneruskan perjuangan politiknya. Namun, dia tetap akan menjadikan pengajaran yang lalu sebagai panduan buat dirinya selepas ini. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan perasaan tidak sabar untuk ke Malaysia bagi berjumpa dengan peminatnya.

Ia akan tetap berjalan tetapi dia mengakui akan mengikut lunas undang-undang. Apa yang berlaku akan dijadikan oleh pengajaran oleh. Paling mengujakan apabila dia berkata tidak sabar untuk ke Malaysia kerana gagal datang ketika Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, 2 Februari lalu.

Ahmad Dhani menganggap dirinya masih berhutang dengan peminat di Malaysia dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk membuat kemunculan di sana.

Sumber: Harian Metro & Ahmad Dhani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×