
Hujung minggu lepas memang happening! Shopee baru saja anjurkan acara terbesar mereka setakat ini iaitu Shopee House edisi khas sempena kempen 7.7 Jualan Tengah Tahun.
Lebih 2,000 affiliate dan 80 jenama popular turun padang untuk menjayakan event penuh warna-warni dan padat dengan ilmu serta peluang kolaborasi!
Artikel Berkaitan: Shopee Himpun 900 Affiliate! Shopee House Bantu Jana Trend Shopping Ramadan Raya 2025
Artikel Berkaitan: Bijak Bergaya Macam Influencer? Ini Cara Korang Boleh Kekal On-Trend Tanpa Kering Poket!
Dari Kiehl’s ke ZUS Coffee, Semua Ada!

Event kali ni disokong penaja utama seperti Kiehl’s, La Roche-Posay, Kérastase dan Maybelline. Tak lupa juga jenama tempatan kegemaran ramai macam Naelofar, The Pastels Shop, Bateri Hub Official, ZUS Coffee, dan banyak lagi.
Affiliate dapat peluang hands-on dengan produk dan rekod content secara on-the-spot, daripada tutorial mekap, review tech sampai ke sesi Q&A live. Semua ini membantu pengguna buat pilihan lebih bijak sempena Shopee 7.7 nanti!
Dua Kali Ganda Lebih Ramai Dari Edisi Sebelum!

Berbanding edisi Februari, kali ni Shopee House catat dua kali ganda kehadiran, satu bukti yang kukuh komuniti pencipta kandungan makin berkembang dan penting dalam dunia e-dagang sekarang.
Ada sesi panel, masterclass, booth jenama, dan paling menarik, padanan stream langsung – affiliate digandingkan terus dengan seller untuk menaikkan pendedahan produk secara live. Gempak!
”Bukan Viral, Tapi Tulus” – Inspirasi Dari Content Creator Otai

Sesi panel Content with Purpose menampilkan nama-nama besar seperti:
• Brozaki: “Orang beli sebab percaya. Kejujuran tu penting.”
• JoyahSiKepoh: “Tak perlu content perfect, yang penting jujur dan relatable.”
• FHStore: “Konsistensi tu kunci. Shopee mudahkan urusan tagging & upload.”
Mereka berkongsi tips real bagaimana untuk hasilkan content yang bukan saja menarik minat, tetapi juga membantu penonton buat pembelian dengan lebih yakin.
Masterclass Yang Padat Ilmu!
Mekallynashop (Shopee Live Star): “Kejayaan bukan pada team besar, tapi strategi yang bijak. Pin komen, tag produk, dan baucar masa nyata memang power.”
• TheKampungNerd (Tech Creator): “Tak perlu setup gempak. Yang penting jawab soalan audience dan bagi info yang jujur.”
Lebih Banyak Peluang Jana Pendapatan Dengan Shopee!
Shopee kini ada lebih 500,000 affiliate aktif dari pelbagai latar, dari pelajar, suri rumah, hingga ke streamer full-time. Platform seperti Shopee Live & Shopee Video membantu mereka untuk menjana duit sambil membantu rakyat Malaysia untuk membuat keputusan, membeli dengan lebih bijak.
Shopee juga ada inisiatif cool seperti:
• Content Creator Club
• Livestream Ads Incentives
• Kerjasama dengan YouTube hasilkan video untuk membeli secara terus!
Siap Sedia Untuk Shopee 7.7 – Lagi Murah, Lagi Cepat!

Shopee House ini adalah bukti komitmen Shopee dalam membina ekonomi digital yang inklusif dan dikuasai oleh komuniti pencipta. Mulai 25 Jun, bersedia untuk:
• Tawaran eksklusif
• Demo masa nyata
• Review jujur dari affiliate
Nak shopping barang viral? Produk tempatan? Atau sekadar nak compare harga dan tengok honest review dulu? Jangan risau, komuniti affiliate Shopee ada untuk bantu anda berbelanja Lagi Murah dan Lagi Cepat.
Nak jadi affiliate Shopee juga? Mungkin next event, giliran korang pula yang bersinar kat Shopee House!








