berita

‘Aktiviti Bergambar Rapat’ Undang Fitnah, Pensyarah Beri Nasihat Padu Buat Pasangan Belum Nikah

January 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lumrah alam percintaan dan perkahwinan pasti ada pasang surutnya. Namun, kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan merupakan antara kunci penting dalam sesebuah perhubungan. Barulah hubungan boleh kekal sehingga hari tua. Setuju?

Menerusi Facebook Syahr Musafir, pensyarah ini memberi pandangan secara umum mengenai isu pergolakan rumah tangga yang sering berlaku sejak belakangan ini. Menurutnya, pesanan dan nasihat yang diberikan khas buat semua individu tanpa mengira status.

Semua itu fitnah

Sekadar gambar hiasan

Suami saya dah kahwin dengan wanita dalam gambar ini…” kata isteri. Wanita dalam gambar jawab, “Saya masih anak dara dan belum berkahwin… Semua itu fitnah.”Lelaki berstatus suami dalam gambar jawab, “Saya mengakui mempunyai perasaan terhadap dia dan meminta izin isteri untuk mengahwini dia, tetapi tidak berjaya maka kami belum nikah.” Disebabkan ada penafian pasal nikah ini, ‘bermaksud’ mereka berdua dalam gambar ini belum nikah, maka saya nak sebut sesuatu.

Kedua-dua lelaki dan perempuan dalam gambar ini mengatakan mereka belum nikah, maka tulisan saya ini tentang belum/tidak nikah. Pesanan ini untuk saya sendiri, isteri saya dan anda semua yang bergelar bujang, teruna, dara, isteri orang, suami orang, duda, janda, balu, mak orang, ayah orang, remaja, bohsia, bohjan, artis, nenek orang, datuk orang, dan semualah.

Dan pesanan ini berkaitan dengan cara mereka berdua yang belum kahwin bergambar, bukan pasal cerita di sebalik gambar. Jadi tulisan saya ini bukan pasal menyibuk hal rumah tangga mereka. Spesifik pasal cara bergambar. bukan membawang. Bukan.

Hasil gambar membawa fitnah

Sekadar gambar hiasan

Pertama, bergambar dekat sebegini adalah salah, sebab berlainan jantina dalam keadaan terlalu dekat. Pipi tu dah nak berlaga dah tu, sebab rapat. Korang belum nikah kan, siapa kata boleh duduk dekat hampir berlaga pipi dan ambil gambar selfie dengan muka tak malu macam ni? Korang tu bukan mahram dan sah nikah, maka haramlah bergambar rapat sebegitu.

Kedua, ada orang back-up mereka dalam gambar ini dengan kata mereka berdua tak rapat berlaga pipi pun tetapi angle masa ambil gambar yang menampakkan mereka rapat. Tak kisahlah siapa pun kita, apabila ambil gambar berlainan jantina, salah untuk kita buat-buat nampak duduk rapat walaupun sebenarnya tak duduk rapat. Sebab apa? Sebab hasil gambar nampak duduk rapat itu membawa fitnah!

20 orang melihat gambar ini, sekurang-kurangnya 10 orang kata lelaki dan perempuan dalam gambar benar-benar duduk rapat dan 9 orang lain ‘bersangka baik’ bahawa mereka nampak rapat disebabkan teknik mengambil gambar, dan mungkin 1 orang kata gambar ini adalah hasil edit Photoshop. Maka fitnah itu berlaku, sekiranya benar bahawa mereka sebenarnya tak duduk rapat tetapi nampak seperti duduk rapat.

Hentikan tabiat bergambar

Sekadar gambar hiasan

Ketiga, suami orang tak payahlah layan perempuan lain. Layanlah isteri sendiri. Nak bergambar guna teknik nampak rapat bagai, atau belum jadi isteri kedua yang sah tetapi sibuk nak bergambar rapat bagai. Tak payahlah. Tunggu lepas nikahlah, lepas tu nak bergambar rapat macam mana pun, silakan. Yang perempuan pun satu hal penting, maruah mana maruah? Tak malu bergambar nampak rapat sebegini dengan lelaki bukan mahran?

Tak malu ke bergambar nampak rapat sebegini dengan suami orang? Malu mana malu? Maka, kita semua, wajib beringat. Jangan keterlaluan ketika bergambar. Tak kisahlah kita ni siapa. Kecuali suami isteri, bolehlah bergambar sebegini kalau rasa perlu dan sesuai. Jika tidak perlu dan tak sesuai, jangan buat. Jika tidak nikah, belum nikah dan di luar tali pernikahan, wajib jauhi dan haram buat.

Saya tulis sebab ‘aktiviti bergambar rapat’ sebegini bukan berlaku pada mereka berdua dalam gambar ini sahaja, tetapi juga dibuat oleh ramai lelaki dan wanita dalam kalangan masyarakat kita, tak kira apa status diri. Dalam kalangan artis lebih-lebih lagilah berlambak. Maka, secara tegas terhadap diri sendiri kita semua kena ingat, hentikanlah tabiat bergambar sebegini. It has to stop now.

Sumber: Syahr Musafir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×