Siapa tak kenal dengan pelakon cilik, Puteri Balqis yang suatu ketika dahulu sering menghiasi kaca TV dengan bakat lakonannya yang sering meninggalkan kesan. Namun sejak disahkan mempunyai penyakit hati, dia terus menyepikan diri daripada dunia hiburan
Terbaru, sedutan iklan rancangan Bersamamu yang bakal ditayangkan 12 Januari ini mengejut orang ramai apabila memaparkan kehidupan Puteri Balqis yang berubah secara drastik. Sedihnya.
Terputus makan 2,3 hari
https://www.facebook.com/BersamamuTV3/videos/483754422282028/
Belum lagi ditayangkan, iklan rancangan realiti Bersamamu bersama Puteri Balqis mengejutkan orang ramai apabila pelakon cilik itu mengulas perubahan hidupnya yang kini berubah 360 darjah sehingga terpaksa ikat perut.
Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah la dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut.
Lebih menyedihkan dalam sudutan itu, Balqis turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk kembali mengingati Tuhan.
Orang nampak Puteri sudah okay
Malah ibunya yang dikenali sebagai Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl juga meluahkan isi hati berkait dengan tahap kesihatan anaknya.
Orang tak nampak benda itu. Yang orang nampak Puteri sudah okay. Orang nampak Puteri berlakon dan fikir dia dah okay.
Sedutan iklan itu menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib pelakon itu. Tak kurang juga yang terkejut bagaimana perubahan drastik itu berlaku ke atas seorang pelakon yang cukup berbakat, seolah-olah tiada pertolongan.
Bagaimanapun episod penuh rancangan realiti Bersamamu bersama Puteri Balqis akan ditayangkan 12 Januari ini pada jam 6.30 petang.
Ramai sedih
Sumber : Bersamamu tv3