Kehilangan seseorang yang tersayang dalam hidup kita terutamanya ahli keluarga merupakan satu detik yang sangat perit dan kesedihan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kadangkala, terdetik perasaan rindu kepada mereka namun kita tidak berupaya membuat apa-apa melainkan hanya mmapu menitipkan doa agar mereka tenang disana.
Begitulah kisah sedih yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Yajaira apabila dia melihat gambar datuknya berada dalam satu rakaman di dalam Google Maps.
Tak sempat jumpa sebelum meninggal
My grandpa passed away a few years ago. We didn’t get to say goodbye to him. Yesterday we found out google maps finally drove through his farm and as we were curious going through it, where the road ends, there is my grandpa, just sitting there. ? pic.twitter.com/CbwRTkCKrZ
— yajaira (@yajairalyb) January 7, 2020
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik gadis ini, dia menunjukkan lokasi yang dirakam video Google Maps itu adalah di kawasan ladang datuknya yang sudah meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Dan dalam video tersebut, dia melihat seorang insan yang sangat mirip dengan datuknya yang sedang duduk di kerusi di ladang tersebut.
Menceritakan kisah itu, Yaira memberitahu amat terkilan dan sedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada datuknya sebelum datuknya itu pergi buat selama-lamanya.
Datuk saya meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Kami tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Semalam kami terjumpa sesuatu di dalam Google Maps dan akhirnya pergi ke arah ladang datuk, apa yang aneh apabila tiba di penghujung jalan kami melihat datuk duduk di sana.
Nampak atuk berjalan
my grandma passed away in 2014?? found this and it made my day. she was my rock? pic.twitter.com/qrj3R1CXqk
— jen (@jxnni2fresh) January 9, 2020
Berikutan daripada video yang viral itu, ada dalam kalangan warganet yang turut berkongsi video dan pengalaman sama seperti yang dilalui oleh Yaira. Menurut seorang lagi pengguna Twitter, Cris memberitahu dia juga turut melihat datuknya yang telah meninggal dunia sebulan yang lalu sedang berjalan-jalan di kawasan rumah lama mereka dan ini telah mengembalikan semula kenangan manis mereka bersama. Tambahnya lagi, datuknya itu telah meninggal dunia sebulan yang lalu iaitu tepat setahun selepas neneknya meninggal dunia.
Saya pun sama
Sumber: Yajaira