Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, pegawai dan anggota polis yang berkhidmat di lokasi tumpuan pelancong sekitar ibu kota akan dihantar mengikuti kelas Bahasa Inggeris.
Menerusi laporan Harian Metro, kelas tersebut bertujuan untuk membantu anggota polis memberi perkhidmatan yang terbaik buat para pelancong yang mengunjungi Malaysia.
Memudahkan komunikasi
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, para pelancong sering kali bertanya soalan kepada anggota polis mengenai arah jalan mahupun pertolongan ketika mereka berhadapan dengan kesukaran ketika di ibu kota. Bagi memudahkan urusan anggota polis berkomunikasi dengan para pelancong, pihaknya akan mewujudkan kelas intensif Bahasa Inggeris buat kesemua anggota polis yang berkhidmat di kawasan pelancong.
Kita mahu lihat mereka (pelancong) rasa dialu-alukan malah Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Peronda Polis (MPV) diperluaskan untuk menjaga keselamatan pelancong. Detektif juga ditempatkan di lokasi kerap berlaku jenayah jalanan dengan bilik gerakan khas diwujudkan bagi memantau keselamatan pelancong.
Langkah yang bijak
Rata-rata netizen memuji langkah yang diambil oleh pihak polis untuk mengadakan kelas intensif Bahasa Inggeris. Menurutt netizen, dengan adanya kelas seperti itu, komunikasi antara pihak polis dan pelancong akan berjalan dengan lancar bahkan, lebih ramai pelancong akan tertarik mengunjungi Malaysia.
Sumber: Harian Metro
Amirul Asraf
Latest posts by Amirul Asraf (see all)
- Konsert Rock Kapak 2 Kembali Lagi! Penganjur Janji Beri Pengalaman & Suasana Berlainan Dari Segi Pemilihan Band Yang Terlibat - 26/12/2024
- Dompet Zulin Aziz Hilang Ketika Bercuti, Harap Jatuh Ke Tangan Individu Yang Memerlukan – ‘Mungkin Rezeki Dia’ - 26/12/2024
- [VIDEO] Cik Epal Dakwa Jofliam Bel*sah Pembantu Sebab Pegang Beg Tangan? - 26/12/2024