Kalau tanya pasal makanan, rakyat Malaysia jarang sangat tak tahu. Pergilah ke negeri mana sekalipun, confirm tak susah hati. Negara kita ada banyak pilihan makanan yang sedap-sedap belaka.
Punya la banyak makanan best, sampai dalam flight pun tak terkecuali tau. Korang bayangkanlah bila makanan kegemaran korang ada disajikan di awan biru. Fuh, memang terbaik!
Hidangan dalam penerbangan AirAsia tak pernah mengecewakan
Eh, alang-alang sembang pasal menu atas flight, korang pernah cuba tak makanan daripada Santan dalam penerbangan AirAsia? Mesti semua pernah kan! Tambah pulak kalau dapat pekena Nasi Lemak Pak Nasser. Memang bila dah balik rumah pun teringat je.
Disebabkan teringat-ingat tu la kami enjoy tonton video ni. Mana taknya, banyak betul menu favourite admin yang mereka cuba. Tiba-tiba rasa nak join sekali weh!
Mana satu hidangan pilihan korang?
Dalam video ni, kesemua peserta diberi peluang untuk cuba beberapa menu makanan yang dihidangkan dalam penerbangan AirAsia. Dalam masa yang sama, ia digandingkan dengan makanan yang dibeli di gerai biasa.
Tapi bukan setakat rasa je tau, mereka kena teka mana satu di antara kedua-dua makanan tersebut adalah hidangan dalam penerbangan AirAsia. Erm.. Kalau tanya admin, macam susah jugak nak pilih sebab kedua-dua makanan pun admin suka.
Bila rakyat Malaysia review makanan, semua pun licin!
Bab review makanan, rakyat Malaysia memang jujur. Kalau sedap, dah tentu licin. Kalau yang tak berapa kena dengan selera pulak, bersiap sedialah sebab korang akan dapat komen panjang lebar tau.
Apa yang menariknya, kedua-dua makanan yang mereka cuba dalam video ni habis licin weh! Sedap sangatlah tu. Ini bermakna hidangan makanan dalam AirAsia memang cukup lazat dan kena dengan selera orang Asia.
Hidangan lazat Santan bikin ‘mengidam’
Ya, kami yakin lepas tonton video ni korang automatik akan ‘mengidam’ hidangan lazat daripada Santan dalam penerbangan AirAsia ni.
Untuk mengelakkan korang kelaparan sewaktu penerbangan bersama AirAsia nanti, makesure buat pra tempahan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. So, tak adalah terliur korang tengok penumpang sebelah makan.
Korang boleh menempah hidangan signature AirAsia seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Ayam Uncle Chin dan banyak lagi pada harga bermula serendah RM10, ni termasuk minuman tau!
Apa korang tunggu lagi tu? Buat pra tempahan sekarang atau layari laman sesawang airasia.com untuk maklumat lanjut.