Pelakon Anzalna Nasir tersentuh dengan satu hantaran yang memaparkan seorang penghantar makanan bersama anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: ‘Rezeki Anak Memang Lain Macam’ – Anzalna Nasir

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berbaur Perasaan Bila Lihat Anak Kecil Yang Ditinggalkan Seawal Usia Tiga Hari’ – Anzalna

Hasrat Anzalna

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Anzalna menyatakan hasrat untuk membantu lelaki tersebut dan meminta bantuan orang ramai mendapatkan maklumat.

Ada sesiapa kenal abang ni?

Difahamkan lelaki tersebut sedang menukar lampin bayinya di atas motosikal ketika berada di salah sebuah stesen minyak.

Tindakannya itu meraih simpati seorang individu yang sedang mengisi minyak dan turut mempelawa lelaki terbabit untuk menukar lampin anaknya di dalam kereta.

Bagaimanapun, niat baik individu tersebut ditolak lelaki terbabit atas alasan enggan menyusahkan.

Netizen kagum

Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian warganet di platform Threads, yang turut ingin membantu Anzalna mencari lelaki berkenaan.

Tolong bantu bagi informasi dekat Anzalna sebab dia tengah cari abang ini.

Dalam masa yang sama, mereka juga kagum dengan aktres tersebut yang disifatkan sebagai seorang wanita yang pemurah kerana sering membantu insan-insan yang memerlukan.

Barakah betul Anzalna habiskan duit dekat kebajikan.

Dia akan selalu ke depan dulu, tolong orang susah. Kagum sangat dengan dia, semoga Allah merahmati keluarga Anzalna.

Inilah yang patut kita cop dia ‘beauty with brain and attitude’.

Keikhlasan dia sampai ke sini kita dapat rasakan.

Sumber: IG Anzalna & Threads