![[VIDEO] Wanita Menangis Gagal Jadi Peserta Program Realiti Pencarian Bakat – ‘Saya Ingat Kurus & Cantik Dah Cukup’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/dewi-remaja.jpg)
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas tidak melepasi uji bakat program realiti pencarian bakat setelah empat tahun menunggu.
Artikel Berkaitan: Aiman Ameer & Nurel Dinobatkan Juara HeroDewi Remaja 2023! Bawa Pulang RM10,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] HeroDewi Remaja 2023 ‘Main Hentam’ Maksud Peribahasa, Netizen Kecam Suruh Hantar Masuk PLKN
‘Jangan jadi macam saya’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Mariam itu berkongsi kesedihan yang dialami setelah gagal mara ke peringkat akhir.
Ujarnya, rupa paras dan tubuh badan yang kurus tidak menjamin kemenangan dalam program yang disertainya itu.
Saya baru habis Dewi Remaja dan ingin kongsi sesuatu yang terjadi.
Saya nangis sebab tak dapat lepas peringkat tiga.
Saya tunggu empat tahun untuk masuk program ini. Saya ingat, jadi kurus dan cantik sudah mencukupi tapi mungkin perlu perbaiki daripada segi lakonan. . Saya dah membayangkan diri saya dalam televisyen.
Dalam pada itu, individu terbabit sempat menitipkan pesanan agar tidak menangguhkan impian dan segera mencari peluang untuk mengejarnya.
Kata-kata semangat




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata semangat buat individu terbabit untuk tidak berputus asa dan percaya pada rezeki tuhan. Selain itu, warganet turut mendoakan agar dirinya menerima rezeki yang lebih baik.
Sumber: TikTok @mariam






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

