berita

[VIDEO] HeroDewi Remaja 2023 ‘Main Hentam’ Maksud Peribahasa, Netizen Kecam Suruh Hantar Masuk PLKN

November 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

herodewi remaja peribahasa

Baru-baru ini telah diumumkan barisan finalis HeroDewi Remaja 2023 yang menyaksikan seramai 16 orang bakat-bakat baharu bakal berentap.

Bagaimanapun, warganet nampaknya sudah mula menjadi juri apabila mereka mengkritik tentang intelektual dan pengetahuan para peserta yang didakwa kurang faham tentang maksud peribahasa.

Artikel Berkaitan: Anak Saudara Kak KM Mahu Sambung Legasi, Ikut Jejak Normah Damanhuri Dalam Lakonan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nina Smith Mohon Maaf Sebab Beri Jawapan Kurang Keyakinan Diri Kerana Berwajah Melayu

Maksud peribahasa

herodewi remaja peribahasa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, beberapa orang peserta telah ditemu bual dan diminta untuk memberikan satu peribahasa Melayu yang menjadi kegemaran mereka.

Namun, beberapa orang finalis HeroDewi Remaja 2023 dilihat tidak dapat memberikan maksud yang tepat.

Air yang dicincang tak akan putus, saya suka (peribahasa tersebut) sebab walaupun saya berasal dari Kuching, Sarawak saya ulang alik ke sini, saya tetap bangga menjadi ‘Sarawakian’. Lebih kurang macam itulah.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Maksudnya kalau kita nak capai matlamat kita, kita tak boleh ‘cheat’ dan mengambil jalan yang singkat. Semuanya perlukan usaha dan tawakal. Supaya dapat capai matlamat itu.

Walau bagaimanapun, ada juga di antara mereka yang dapat menjelaskan maksud peribahasa dengan baik.

Kecaman netizen

herodewi remaja peribahasa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempertikaikan tentang pemilihan mereka sebagai calon rancangan terbabit kerana tidak menguasai asas peribahasa.

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet secara berseloroh mencadangkan agar finalis-finalis tersebut dihantar ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

@kaypohmedia

Apa peribahasa favorite korang? ? #HeroDewiRemaja2023 #HeroRemaja2023 #DewiRemaja2023

? original sound – KAYPOH – KAYPOH

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×