berita

Aiman Ameer & Nurel Dinobatkan Juara HeroDewi Remaja 2023! Bawa Pulang RM10,000

December 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

HeroDewi Remaja

Program pencarian bakat HeroDewi Remaja 2023 menobatkan Aiman Ameer & Nurel sebagai juara.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Karakter & Aura Sendiri’ – Arabella Enggan Disamakan Dengan Anna Jobling

Artikel Berkaitan: [VIDEO] HeroDewi Remaja 2023 ‘Main Hentam’ Maksud Peribahasa, Netizen Kecam Suruh Hantar Masuk PLKN

Ameer & Nurel

HeroDewi Remaja

Menerusi kemangan itu, Ameer, 23 & Nurel, 21, berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 setiap seorang beserta trofi dan selempang.

Sementara itu, Fitri Farok dan Arabella dinobatkan sebagai naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000.

Dalam pada itu, Aiman dan Adrina diangkat sebagai HeroDewi Inspirasi sekali gus menerima kontrak bernilai RM20,000 daripada penaja, Yaya Empire.

Pentas akhir HeroDewi Remaja 2023 turut menyaksikan Raziq Qidran dan Nurel memenangi anugerah peserta kegemaran.

Kategori Best Chemistry Duo pula diberikan kepada Jay Iskandar dan Arabella.

Pentas akhir HeroDewi Remaja 2023 yang bersiaran secara langsung dari dewan CIDB, Cheras menyaksikan seramai 12 finalis berentap.

Setiap peserta telah mempamerkan bakat mereka pada pusingan pertama dan dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Scha Alyahya serta Datuk Aznil Hj Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim.

Bagaimanapun hanya empat peserta yang layak melangkah ke pusingan kedua iaitu Aiman Ameer, Nurel, Arabella dan Fitri Farok bagi sesi soal jawab.

SKIP THIS AD ×