Gara-gara memuat naik video menari bersama seorang wanita di Instagram, penyanyi Andi Bernadee kini menjadi bualan hangat netizen. Didakwa tarian yang dilakukan berunsur lucah, kemunculan wanita misteri yang menari bersama Andi turut menjadi tanda tanya buat netizen. Malah, perasaan cemburu dengan kemesraan mereka berdua turut diluahkan.
Shimmy!
https://www.instagram.com/p/B7554honpqw/
Menurut Andi, video adegan tarian bersama seorang wanita berbaju hitam sambil berpegangan tangan yang dimuat naik di Instagram itu merupakan sebahagian daripada kerjayanya sebagai seorang penghibur. Tambahnya, tarian tersebut merupakan salah satu babak yang ingin ditunjukkan dalam muzik video yang terbaru berjudul Shimmy.
Siapa tu?
https://www.instagram.com/p/B3RNlAcBwBs/
https://www.instagram.com/p/B6aHHEWhUYn/
Mengenai identiti penari tersebut, segelintir netizen mendakwa wanita tersebut merupakan Sabrina Rusli iaitu seorang artis dan penari yang sering berkongsi video tariannya di akaun Instagram. Wanita itu turut kelihatan membalas komen netizen di ruangan Instagram video yang dimuat naik Andi.
Sampai hati buat macam ni
Netizen turut meluahkan rasa sedih, merajuk dan menganggap penyanyi itu curang sebaik sahaja melihat video berkenaan.
Sumber: Andi Bernadee