Pelakon Harris Annuar, berkongsi tentang pengalamannya ketika berdepan dengan masalah sukar untuk mengerjakan solat dengan sempurna.

Artikel Berkaitan: Harris Annuar Kongsi Video Tunai Umrah Sambil Dukung Anak – ‘Impian Seorang Ayah Jadi Kenyataan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Medina Dah Masuk Form 1’ – Harris Annuar Tak Kenal Isteri, Separa Sedar Sempat Fikir ‘Report Card’ Anak

Was-was dalam solat

@sembangseram

Janji syaitan dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya! Semoga kita semua dilindungi Allah SWT sentiasa 🤲🏻 #harrisannuar #sembangseram #podcast #seram #safwannazri

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Menerusi podcast Sembang Seram, Harris atau nama lengkapnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, mendedahkan dia berasa was-was ketika mendirikan solat malah cuba untuk memperbaikinya namun masih gagal.

Saya terkena penyakit was-was yang terlalu teruk sampai saya rasa nak terjun. Saya pernah berdiri atas balkoni.

Saya rasa solat saya tak sempurna dan saya cuba betulkan bacaan Al-Fatihah. Lepas saya belajar, saya pun solat.

Selepas angkat takbir, saya hanya baca Bismillah dan tak mampu nak teruskan solat..ia berlaku selama sejam. Itu permulaan saya rasa was-was, saya tak tahu Allah terima atau tidak solat saya.

Ia memakan diri sebab saya terlalu layan dengan bisikan syaitan, was-was ini adalah bisikan syaitan.

Semasa berada di Makkah, Harris mengambil kesempatan dengan berdoa bersungguh-sunggah kepada Allah SWT supaya diberikan petunjuk untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

Harris kemudian didatangi oleh seorang lelaki yang memberi nasihat kepadanya tentang ibadah solat yang didirikannya sebelum ini.

Ketika mengerjakan umrah keenam dan waktu itu adalah solat asar.

Saya duduk betul-betul di hadapan Multazam. Saya berdoa sambil menangis, ‘Ya Allah, bantulah aku, aku sengsara. Aku katakan kepadaMu, jika tidak berikan petunjuk hari ini juga, aku akan keluar dari Islam..aku nekad.’

Tiba-tiba ada seorang pak cik datang, dia usap belakang saya dan minta saya ceritakan kepadanya.

Kata pak cik itu, ‘selama enam tahun..20 kali sehari awak solat, itulah ibadah yang paling ikhlas sekali sebab awak tak pernah putus asa, kalau orang lain dah tak buat.’

Dia juga ingatkan saya tentang surah Al-Insyirah, antara maknanya adalah, ‘setiap kesulitan pasti ada kemudahan.’

Petunjuk kedua

Sukar untuk percaya namun aktor berusia 32 tahun itu terkejut apabila sosok lelaki tersebut tidak lagi kelihatan seusai mereka selesai mengerjakan solat.

Kami kemudian solat dan dia minta saya supaya jangan menangis tetapi saya menangis juga dan menitis air mata saya di atas kaki dia ketika rukuk.

Sampai tahiyat akhir dan salam, saya toleh pak cik tu hilang. Saya rasa itu adalah malaikat, ini seram tapi sebak.

Saya meremang sampai sekarang.

Bercerita lanjut, bapa kepada seorang anak ini kemudian meminta pentunjuk kedua daripada Allah SWT agar dia mendapat keyakinan.

Saya berdoa lagi, saya sombong, ‘Ya Allah aku tak percaya itu adalah petunjuk. Aku minta bila aku bangun, aku toleh..ada orang yang aku kenal tepuk bahu kanan aku.’

Saya amin dan tak sempat toleh, ada orang tepuk saya..bekas abang ipar abang saya tegur.

Saya terus jatuh terduduk menangis dan lepas daripada itu Alhamdulillah masalah saya selesai.

Sumber: TikTok Sembang Seram