Di Bangkok, seorang doktor Thailand mendakwa dirinya telah berjaya merawat seorang pesakit wanita yang dijangkiti wabak coronavirus dengan menggunakan gabungan ubat-ubatan selesema dan HIV.
Gabungan ubat selesema dan HIV
Menerusi laporan CNN, Dr. Kriangsak Atipornwanich yang merupakan pakar paru-paru yang berkhidmat di Hospital Rajavithi di Bangkok berkata, pesakit yang dijangkiti wabak coronavirus itu menunjukkan perubahan positif selepas dia menggunakan ubat-ubatan anti HIV lopinavir dan ritonavir, digabungkan dengan ubat selsema oseltamivir dalam dos yang besar untuk merawat pesakit berkenaan. Tambahnya lagi, pesakit tersebut berjaya disembuhkan dalam masa 48 jam sahaja.
Ini bukan penyembuhan, tetapi keadaan pesakit telah meningkat dengan baik. Dari diuji positif selama 10 hari di bawah rawatan kami, selepas menggunakan gabungan ubat ini, keputusan ujian menjadi negatif dalam masa 48 jam.
Sementara itu, tambah doktor ini lagi, pendekatan seperti ini merupakan satu perkara yang sangat bagus dan mendatangkan hasil yang positif tetapi pasukan mereka masih perlu untuk melakukan kajian supaya ianya boleh menjadi rawatan standard. Menurutnya lagi, Pegawai kesihatan China juga telah membuat kajian dengan menggunakan ubat-ubatan HIV dan flu serta hasil gabungan ketiga-ketiga koktel itu menunjukkan perubahan positif dalam rawatan.
Peningkatan positif
Susulan daripada kes ini, Reuters turut melaporkan beberapa pesakit lain juga telah dirawat menggunakan pendekatan ini dan menunjukkan peningkatan yang positif tetapi salah seorang daripada mereka menunjukkan beberapa reaksi alergi.
Menurut ketua Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Osmak Akkslim memberitahu, doktor telah meningkatkan dos salah satu ubat, Oseltamivir.
Kami telah mengikuti amalan antarabangsa, tetapi doktor meningkatkan dos salah satu ubat.