Sahabat kepada usahawan Tya Adnan tampil memberi kata-kata semangat ekoran sindiran yang diterima mengenai produk muslimah keluarannya.

Artikel Berkaitan: Netizen Suruh Jangan Post Di Media Sosial Sebab Dah Berniqab, Ini Jawapan Tya Adnan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah, Netizen Beri Sokongan Penuh – ‘Nak Aktif Tak Semestinya Kena Ketat’

Wanita kuat

@aienzahalanmuslimaa

@tyaadnan perkenalan kita mungkin tidak begitu lama. tetapi kerana Allah ain begitu sayangkan tya. sepanjang ain kenal tya ain boleh kata dia wanita yang sangat2 baik, sabar, lembut dan kuat ! first time kita kenal, ain terkejut sbb tya sangat2 humble walaupun dikenali. hari pertama tya meluahkan niat nak berniqab ain gembira sangat. sbb ain tahu tidak mudah untuk dia buat keputusan ni. tya isteri seorang pelakon, tya sendiri pernah berada dlm dunia itu. tapi tya tetap nekad berjihad melawan nafsu demi redha Illahi. jadi ain agak sedih sbb ain tahu perjuangan tya susah payah tya nak melawan dan nak kekal istiqomah. walau apa pun kejian manusia pada pakaian ini jangan mengalah tetaplah perjuangkan sehingga nyawa dicabut badan. kami juga pernah lalai tentang aurat. tapi sekali Allah turun kan nikmat itu tak dpt kami gambarkan pada insan2 yang belum merasainya. Dengan viralnya pakaian ini Allah sedang menegur dan mengetuk hati2 kalian tentang kewajipan AURAT yang diabaikan Moga Allah kurniakan kefahaman dan nikmat berpakaian syar’i 🤲🏻🤎

♬ original sound – aienzahalan – aienzahalan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Ain itu dilihat menghantar sejambak bunga buat isteri kepada pelakon terkenal, Shukri Yahaya iaitu Tya.

Ujar Ain, dia menyifatkan Tya sebagai wanita penyabar dan lemah lembut.

Perkenalan kita mungkin tidak begitu lama tapi kerana Allah Ain begitu sayangkan Tya.

Tya wanita yang sangat-sangat baik, sabar dan lemah lembut. Pertama kali kita kenal, Ain terkejut sebab Tya sangat rendah diri walaupun terkenal.

Hari pertama Tya meluahkan niat untuk berniqab, Ain gembira sangat. Sebab Ain tahu tidak mudah untuk buat keputusan itu.

Tya isteri seorang pelakon dan Tya sendiri pernah berada dalam dunia itu. Tapi tetap nekad berjihad lawan nafsu demi redha ilahi.

Ujian tuhan

Dalam pada itu, Ain sempat menitipkan pesanan atas segala kejian yang dilontarkan kepada Tya ekoran dirinya yang masih aktif di media sosial walaupun berniqab.

Walau apa pun kejian manusia pada pakaian ini, jangan mengalah tetap lah perjuangkan sehingga nyawa dicabut badan.

Kami juga pernah lalai tentang aurat. Tapi sekali Allah turun kan nikmat itu, tak dapat gambarkan pada insan-insan yang belum merasainya.

Dengan tularnya pakaian ini, Allah sedang menegur dan mengetuk hati-hati kalian tentang kewajipan aurat yang diabaikan.

Pada akhir perkongsian, Ain mendoakan agar tuhan kurniakan nikmat kepada semua umat Islam kepentingan berpakaian menutup aurat.

Sumber: TikTok @aienzahalan