Sedihnya kami baca perkongsian ini apabila seorang ibu dipertemukan mendiang anaknya di dalam Virtual Reality (VR). Apa yang memilukan apabila ibu ini menangis tidak dapat menahan sebak saat berjumpa anaknya di dalam VR tersebut sambil mengucapkan ucapan rindu tidak henti-henti.
Tak cukup dengan itu, ibu ini turut sempat menyambut hari lahir bersama anaknya di dalam peranti alam maya ini. Sebaknya!
Ibu pertemukan anak di dalam VR
English version of this video.. pic.twitter.com/KQiCYBgeYu
— Mr.Subjek % (@mzm_star) February 9, 2020
Lebih 20k retweet, perkongsian ini undang sebak netizen. Seorang ibu tidak dapat menahan sedih apabila melihat anaknya di dalam Virtual Realiti (VR) iaitu sejenis peranti alam maya yang memberi pengalaman seperti realiti.
Tidak dapat menahan sebak, ibu tersebut menangis melihat anaknya di dalam peranti tersebut. Walaupun tahu ianya hanya sekadar VR, namun ianya tetap menjadi momen terindah buat ibu itu.
Saya rindu awak banyak banyak
Malah ibu tersebut turut memberitahu kepada anaknya yang diberi nama Nayeon itu bahawa dia sangat merinduinya dan teringin memeluk Nayeon. Lebih memilukan apabila ibu tersebut menangis sambil meluahkan perasaannya ingin memegang Nayeon sekali lagi. Sebaknya.
Kisah sebaliknya
Nayeon merupakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun disahkan mempunyai kanser darah selepas demamnya tidak kebah selama seminggu. Bayangkan, kanak-kanak ini terpaksa diwadkan di hospital dari musim panas sehinggalah ke musim luruh sebelum meninggal dunia di hospital itu. Ibunya tidak dapat menahan kesedihan dan menyesal kerana tidak dapat lama bersama arwah anaknya. Dia menggantung semua foto Nayeon di sekelilingnya untuk melihat anaknya dimana-mana.
Kisah ini mendapat perhatian media Korea sehingga tercetus dokumentari ‘I Met You’ yang diadaptasi dari kisah realiti mereka anak beranak. Mereka mewujudkan watak Nayeon di dalam VR dengan menggunakan beberapa orang kanak-kanak sebaya dengan Nayeon untuk dijadikan karakter di dalam VR tersebut. MBC ini turut merekod suara kanak kanak lain sebagai karakter Nayeon dan mengolahkan sehingga menjadi sama suara seperti Nayeon.
Projek ini turut dirakamkan di lokasi kegemaran mereka di Noeul Park untuk menambahkan lagi realiti kehidupan mereka sekeluarga. Tambah mereka lagi, projek ini bagi melepaskan perasaan rindu buat ibu ini supaya dapat mengurangkan kesakitan yang dirasakan. Selepas projek ini, ibu ini mengaku sudah makin pulih dari perasaan membelenggu dirinya. Sebaknya.
Respon netizen
Sumber : Mzm_star