Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir sering kali mendapat komen-komen negatif daripada segelintir warganet yang kurang senang melihat kehidupannya bersama keluarga.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Dua Bulan, Nak Tengok Muka Baby’ – Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen, Mahu Elak Penyakit Ain

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Sindir’ Warna Kulit Anak, Fila Amir Tampil Bersuara – ‘Sorry, Kami Tak Taasub Dengan Kulit Putih’

Tinggal di tempat suami

Menerusi hantaran di TikTok, Fila berkongsi komen daripada salah seorang warganet yang menganggap dia akan berdepan dengan kesusahan jika pulang ke negara asal suaminya, Adama.

Baru dapat macam tu la, semuanya cantik dan wangi. Kau tunggu bila balik negara dia sendiri, masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

Tidak berdiam diri, Fila juga memuat naik video yang memaparkan momen-momen ketika berada di negara kelahiran Adama iaitu di Guinea, Afrika.

Elok je duduk sana.

Saya dulu susah nak bergaul, tapi sebab pernah tinggal di sana jadi banyak mulut, Alhamdulillah.

Netizen ‘back up’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempertahankan Fila dan menyifatkannya sebagai seorang isteri yang bertuah kerana disayangi seluruh keluarga mentua.

Dia tak tahu, Fila kalau balik kampung sana dilayan macam puteri.

Dia ni bertuah, duduk sana orang sayang, duduk sini pun orang sayang. Tak ada yang kurang.

Lagi best sebab dia tak payah hadap typical keluarga mentua di Malaysia dan dapat bergaul dengan orang yang berlainan bangsa.

Tak faham kenapa ada yang marah sangat bila dia kahwin campur.

Orang dari negara luar layan Fila lagi bagus dari di negara sendiri.

Untuk rekod, Fila dan Adama mendirikan rumah tangga pada 26 April 2019. Mereka selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 14 Mei lalu selepas menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF).

Sumber: TikTok Fila Adama