Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir warga Indonesia yang kerap menulis komen berunsur lucah setiap kali dia berkongsi tentang suaminya, Adama di media sosial.

Artikel Berkaitan: Fila Amir Respon Netizen Persoal Sebab Tidak Bawa Anak Jumpa Nenek Di Afrika – ‘Sabar Lah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila & Adama Beli Rumah Pertama, Tak Suka Isteri Dipandang Rendah – ‘Dia Komited & Ketepikan Diri Sendiri Demi Saya’

Komen lucah

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Afilah Amir Rusdi menyifatkan tindakan mereka sebagai perbuatan tidak berakal.

Puak mereka ni memang lelaki dan perempuan otak level ni saja ke?

Ni tidak sampai 1 peratus pun ada beribu lagi. Jangan kata sebab hantaran mengundang.

Masa post pergi surau pun sama juga komen lucah tiada kena mengena padahal video tutup aurat.

Sebelum ini, Fila memuat naik video menyambut ketibaan Adama yang baru pulang daripada negaranya iaitu Afrika.

Bagaimanapun, warga Indonesia bertindak untuk meninggalkan komen lucah berkaitan dengan Adama hingga menarik perhatian Fila.

Sumber: Instagram