Pemergian pelawak berbakat, Abam Bocey pastinya akan dirindui para peminat dan rakan-rakan. Peribadinya yang merendah diri dan mengutamakan keluarga dalam segenap hal membuatkan Abam disayangi ramai. Malah, arwah turut bermurah hati berkongsi rezeki dengan orang-orang yang memerlukan.
Terbaru, aktivis, Yusuf Azmi mendedahkan perbualannya bersama Abam sewaktu berada di tanah suci. Katanya, arwah ada titipkan salam buat Rasulullah dan tidak lupa mendoakan isteri dan ibu. Mulianya hati Abam.
Hati mulia
Saya baru mengenali Arwah Syed Umar Mokhtar b. Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey) pada Mulan mac 2019. Banyak rahsia kemuliaan hati beliau. Sewaktu saya nak berangkat ke Tanah suci beliau selalu berwhatsapp dengan saya. Beliau sangat mulia hatinya di pandangan saya yang faqir ni. Tiada apa yang perlu kita pertikaikan kenapa beliau pergi dengan begitu dirindui oleh umat islam di Negara ini.
Abam titipkan salam buat Rasulullah
Kerana keperibadiannya. Akhlaknya. Siapa pun mencemburui kepermergian seperti arwah. Beliau hatinya luar biasa. Allah pilih arwah kerana hatinya dan akhlaknya. Sampai hari ni saya tak dapat menahan kesedihan kerana arwah banyak kali ingin bertemu dengan saya.
Tetapi Allah ambil beliau dan tempatkan arwah di taman taman syurga.
Allah bawa jumpa terus
Abam panggil kanda disana ye. Kanda juga rindukan tempat yang indah seperti abam. Abam jangan lupakan kanda ye. Sehari sebelum Abam pergi meninggalkan kita. Selepas asar kanda buat sedikit amalan biasa untuk semua yang kanda kasihi dan cintai. Keesokkan hari subuhnya Abam pergi meninggalkan kita semua. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Abam.
Tenanglah Abam di dalam syurga. Abam titipkan salam untuk baginda Rasulullah. Tapi Allah bawa Abam bertemu dengan baginda Rasulullah SAW terus. Indahnya hidup Abam.
Sumber : Yusuf Azmi