Baru sahaja dibuka secara rasmi pada 6 Februari lalu, Saloma Link yang menghubungkan Kampung Baru dan KLCC telah dicemari dengan pemandangan yang kurang enak. Menerusi Twitter Cyberjaya Info, dilihat ada sisa tumpahan minuman coklat yang melekat di lantai pintasan.
Perkara ini telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya marah dengan mentaliti segelintir rakyat yang tidak cakna dengan kebersihan.
Baru sahaja dibuka
Bakal menjadi salah satu tarikan baru di Kuala Lumpur, keunikan rekaan yang menampilkan imej tradisional Melayu dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong. Pembinaan yang merentasi Akleh akan memendekkan masa perjalanan pejalan kaki iaitu hanya 10-15 minit untuk ke KLCC dari Kampung Baru.
Sama-sama jaga kebersihan
Sejak mula dibuka, pintasan ini menerima kunjungan orang ramai sehingga keadaan sesak. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membawa sebarang minuman atau makanan yang boleh menyebabkan kotoran.
Sumber: Cyberjaya Info