Seorang individu berkongsi rasa serba salahnya apabila menerima tambahan kuantiti produk ‘Rendang Nyet Berapi’ yang dibeli daripada usahawan terkenal, Khairul Aming.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bagi 6/10’ – Pelanggan Kongsi ‘Review’ Rendang Nyet Berapi, Khairul Aming Mohon Maaf & Akan Kenalpasti Masalah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Terpaksa Buang Ribuan Kilo Ayam, Dedah Kos R&D Hampir RM1 Juta – ‘Saya Betul-Betul Cerewet’

Dapat lebihan ‘order’

Menerusi Threads, individu yang dikenali sebagai Ayreen itu memuat naik hantaran mesej dirinya kepada Khairul Aming melalui Instagram (IG).

Ujar Ayreen, dia rasa serba salah apabila menerima dua pek bungkusan sedangkan hanya membeli satu pek produk tersebut.

Salam Khairul Aming, saya nak tanya.

Saya beli rendang satu saja tapi kenapa saya dapat dua ya?

Serba salah saya nak makan lagi satu (yang lebih) ini.

Nak kena pos balik atau saya bayar untuk satu lagi ini atau Khairul Aming halalkan saya?

Khairul Aming halalkan

Persoalan wanita itu kemudiannya dibalas Khairul yang memaklumkan lebihan pesanan itu tidak perlu dibayar dan dihalalkan oleh pihaknya.

Tak apa, kalau terlebih tu boleh saja makan.

Halal, jangan risau.

Jawapan yang diberikan Khairul Aming itu ternyata melegakan hati Ayreen yang kemudiannya menzahirkan ucapan terima kasih serta mendoakan usahawan itu dimurahkan rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap Khairul Aming yang begitu pemurah dalam berurus niaga serta kagum dengan sikap individu itu yang jujur sebagai seorang pelanggan.

Komen netizen

Sumber: Threads