“Allahuakhbar, saya terlalu banyak dosa dengan Allah…” Asalnya Allah uji team ikhlas.com tak jumpa jalan, berpusing-pusing dalam kawasan dengan tujuan nak membawa khabar gembira buat seorang penerima asnaf di PPR Desa Tun Razak. Rupanya, perancangan Allah adalah yang terbaik, kami ditakdirkan bertemu dengan seorang hamba Allah ni. Ketika itu kami lihat dia sedang menolak troli berisi makanan untuk dijual di depan sekolah. Terdetik di hati kami untuk mengenali dengan lebih dekat wanita kuat ini. Putrie Azzrena ternyata sebak saat ditawarkan tajaan umrah. Baginya, dia hamba penuh dosa dan masih belum mampu untuk menjadi tetamu Allah. Menurut Azzrena, ini adalah rezeki terbesar pernah dia dapat. Umpama mimpi saat dia sampaikan berita ini kepada ibu tercinta. Nantikan perjalanan Azzrena bersama asnaf lain yang dijangka terbang pada awal September ini. Tak lama saja lagi. 🕋 Ayuh bantu kami dalam misi pencarian ramai lagi asnaf untuk merealisasikan impian mereka ke tanah suci. Adakah anda mengenali seseorang yang: 🔹 Fakir atau miskin? 🔹 Muallaf? 🔹 Hidup dalam kesempitan tetapi penuh iman dan harapan? Bantu kami cari mereka ❤️ Jika anda sendiri merasakan layak menjadi calon penerima tajaan umrah, daftar segera! Semak posting di feed kami untuk mengetahui cara penyertaan. Jom jadi asbab mereka dijemput ke Baitullah! 📢 Sebarkan mesej ini 📝 Calonkan insan terpilih 💫 Kongsi peluang pahala 👉 Klik pautan di bio kami untuk mendaftar! Semoga usaha kecil kita membawa keberkatan besar buat mereka yang memerlukan 🤲🏼 #TetamuJemputanAllah#ikhlasumrah1000asnaf#ikhlasumrah#fyp#malaysia
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wakil agensi tersebut terserempak dengan peniaga berkenaan yang sedang menolak troli berisi barangan jualannya.
Mereka kemudian memberitahu bahawa wanita tersebut dipilih oleh agensi berkenaan untuk menunaikan umrah.
Kami datang sini pun sebenarnya atas sebab nak cari asnaf yang layak untuk pergi umrah. Kebetulan Allah gerakan untuk kami parking dekat sini dan nampak kakak.
Tidak dapat menahan air mata, wanita tersebut mengucapkan rasa syukur apabila dilimpahkan dengan rezeki yang tidak sangka-sangka itu.
Tak ada satu manusia pun tak teringin (pergi umrah) bukan? Cuma bezanya mampu atau tidak.
Allahuakbar, rahmat apa yang Allah bagi ni? Sebab saya memang jahil agama, saya baru berjinak-jinak dengan agama.
Saya pun tak tahu (amalan saya), saya terlalu banyak dosa dengan Allah.
Di akhir video, wanita tersebut menelefon ibunya dan meminta restu untuk menunaikan umrah.
Komen netizen
Reaksi wanita itu ternyata telah membuatkan rata-rata warganet berasa sebak selepas melihat air mata wanita tersebut yang tidak henti mengalir kerana rasa syukur.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar wanita berkenaan memperoleh rezeki yang luas.